Utusan Borneo (Sarawak)

Api misteri: Keluarga ditempatka­n di Pengkalan Chepa

-

KOTA BHARU: Keluarga Zainab Sulaiman, yang dihantui dengan ‘api misteri’ sehingga dikatakan menyebabka­n rumahnya musnah terbakar di Kampung Penambang di sini bulan lepas akan ditempatka­n sementara di sebuah rumah berhampira­n Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa di sini.

PenghuluMu­kimPenamba­ng Zainuddin Zakaria berkata keluarga berkenaan ditempatka­n di rumah itu atas permintaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang Wan Ubaidah Omar sementara menunggu ru- mah yang dibina untuk keluarga itu siap.

“Rumah yang sedang dibina itu berhampira­n rumah adik Zainab iaitu Faridah, 75, juga di Kampung Penambang dan dijangka siap tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zainuddin berkata rumah baharu tidak dibina di tapak rumah Zainab yang terbakar pada 19 September lepas kerana dibimbangi rumah baharu itu juga akan terbakar.

Semalam, media melaporkan akibat kebakaran rumah yang mereka dakwa berpunca daripada kejadian api misteri, Zainab, 80, bersama menantu, Ropeah Zakaria, 50, dan cucunya, Wan Mohd Faiz Wan Hanafi, 21, Wan Nor Fatihah, 19, dan Wan Nor Fatini, 17, terpaksa berpindah tinggal di beberapa tempat selepas dikatakan diganggu api misteri itu.

Keluarga itu yang menumpang di rumah seorang saudara juga di kampung berkenaan seakan ‘diekori api misteri’ apabila pakaian milik mereka yang berada di dalam bilik tidur di rumah itu secara tiba-tiba terbakar pada Jumaat lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia