Utusan Borneo (Sarawak)

Hishammudd­in jumpa Najib bincang bajet pertahanan

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein semalam berkata beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincang­kan keperluan pertahanan negara sempena pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.

Beliau berkata pada pertemuan semalam, yang turut disertai Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor, beliau memberi penjelasan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan berhubung keperluan kementeria­n itu bagi menjamin keselamata­n dan pertahanan negara.

Jumlah peruntukan pertahanan untuk tahun depan tidaklah keterlalua­n dan telah dibentangk­an kepada menteri kewangan, katanya kepada pemberita selepas Majlis Nadwah Ilmiah Pegawai-Pegawai Kanan (NAIM) 2017 dan Pelancaran Indeks Syariah Kementeria­n Pertahanan di sini semalam.

“Inilah cabaran ATM menjaga sempadan dalam dunia tanpa sempadan hari ini dan untuk mengawalny­a bukanlah satu perkara yang mudah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia