Utusan Borneo (Sarawak)

Penuaan sihat pendekatan holistik kepada kehidupan

Tangani isu hidup sihat daripada aspek biologi tanpa tinggal aspek penuaan dalam emosi, mental, spiritual dan sosial

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan mahu menangani isu hidup sihat daripada aspek biologi tanpa meninggalk­an aspek penuaan dari segi emosi, mental, spiritual dan sosial.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata orang berpotensi untuk menjadi lebih sihat jika mereka mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Walaupun kita hidup lebih lama, kita tidak semestinya melihat orang menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Oleh itu, kita mahu menjadikan penuaan sihat sebagai pendekatan holistik kepada kehidupan supaya kita menikmati kehidupan yang sihat sepanjang hayat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada perasmian Persidanga­n Penuaan Sihat ASEAN Pertama di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Menurut Abang Johari lagi, salah satu penyelesai­an bagi menangani beban penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di negara-negara yang mempunyai populasi

Walaupun kita hidup lebih lama, kita tidak semestinya melihat orang menjalani kehidupan yang lebih sihat. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

warga emas adalah untuk menangani cara bagi memupuk penuaan yang sihat di kalangan populasi.

Katanya, dunia setakat ini agak berjaya dalam usaha menangani tragedi kematian sewaktu beranak dan pada peringkat awal kanak-kanak dalam tempoh beberapa dekad pada abad lepas.

Tambahnya, kementeria­n kesihatan kerajaan negaranega­ra ASEAN juga telah menjalanka­n tugas dengan baik untuk membawa man- faat perubatan moden ke kampung- kampung yang jauh dan terpencil di rantau ini.

Bagaimanap­un, katanya selepas masyarakat menjadi lebih moden, ia telah menyaksika­n peningkata­n penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, strok dan kanser.

“Di Malaysia, kita menjangkak­an menjadi negara warga emas menjelang 2030 di mana negara dijangka mempunyai sekurang-kurangnya 15 peratus populasi berusia 60 tahun ke atas,” katanya.

 ??  ?? PAMERAN: Uggah bersama tetamu kehormat lain semasa melawat pameran farmasi sempena Persidanga­n Penuaan Sihat ASEAN Pertama di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
PAMERAN: Uggah bersama tetamu kehormat lain semasa melawat pameran farmasi sempena Persidanga­n Penuaan Sihat ASEAN Pertama di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia