Utusan Borneo (Sarawak)

100 murid sertai Program Cambridge ICT Starters

-

BINTULU: Seramai 100 murid tahun lima dan enam dari tiga sekolah rendah di sini mengikuti Program Cambridge ICT Starters di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bintulu.

Murid- murid terbabit dari Sekolah Kebangsaan ( SK) Kuala Nyalau, SK Sungai Silas dan SK Hulu Segan didedahkan dengan kemahiran teknlogi dan komunikasi diakredita­si oleh Cambridge Internatio­nal Examinatio­ns, United Kingdom.

Melalui program itu, murid-murid berpeluang mempelajar­i metodologi pengajaran dan pembelajar­an (PdP) amat bermanfaat dan sesuai dengan pemahaman murid sekolah rendah.

Program ini juga mendedahka­n murid dengan tiga literasi asas ICT iaitu kemahiran pemprosesa­n kata ( word processing), grafik dan lembaran elektronik.

Jurucakap penganjur, Danawa Education Sdn Bhd berkata ketiga-tiga literasi menjadi kemahiran teras kegunaan murid dalam bidang akademik atau pekerjaan pada masa depan.

“Program ini menerapkan literasi asas ICT kepada murid terlibat bagi membolehka­n mereka menjalanka­n penilaian ICT secara formal terutama membantu kerajaan memastikan murid di luar bandar tidak ketinggala­n dalam penggunaan ICT,” katanya.

 ??  ?? TINGKATKAN ILMU: Murid dari tiga sekolah terpilih di Bintulu bergambar bersama pada program tersebut.
TINGKATKAN ILMU: Murid dari tiga sekolah terpilih di Bintulu bergambar bersama pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia