Utusan Borneo (Sarawak)

Setapak, Wangsa Maju dan Sentul, kawasan panas aktviti dadah

-

KUALA LUMPUR: Setapak, Wangsa Maju dan Sentul kini dikategori­kan sebagai kawasan ‘panas’ di ibu negara berikutan kerap berlaku aktiviti penyalahgu­naan dadah hingga menarik ramai penagih dadah.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Dr Abdul Halim Mohd Hussin berkata berdasarka­n rekod ketiga-tiga kawasan segi tiga emas itu, ia terkenal dalam kalangan penagih apabila banyak urusan jual beli dadah berlangsun­g di kawasan berkenaan.

Bercakap pada sidang media di sini semalam, beliau bagaimanap­un enggan mengulas lanjut dan sekadar berkata AADK dan pihak berkuasa akan terus membuat pemantauan secara berkala di ketiga-tiga kawasan itu bagi mengawal keadaan.

“AADK akan jalankan pemantauan dan pemeriksaa­n dari semasa ke semasa bagi mengurangk­an kes penyalahgu­naan dadah kerana kami percaya kaedah merawat adalah lebih baik,” katanya.

Terdahulu, AADK menahan 16 lelaki berumur antara 19 dan 58 tahun kerana disyaki penagih dadah dalam ‘Ops Keramat’ selama dua hari yang berakhir semalam di sekitar Keramat di sini.

“Kebanyakan mereka yang ditahan adalah OKP (orang kena pengawasan) dan kita sedang mengesan OKP lain yang masih menagih,” katanya.

Operasi khas itu membabitka­n 25 anggota pen- guat kuasa AADK Wilayah Persekutua­n dan daerah yang turut berkunjung ke kediaman OKP untuk meninjau perkembang­an mereka.

Abdul Halim berkata pemeriksaa­n lanjut mendapati 12 daripada lelaki itu positif dadah antaranya ganja serta mengambil pil khayal seperti Methamphet­amine dan opiate.

“Dadah jenis Meth dan opiate ini mudah didapati dan murah. AADK mengambil langkah menahan mereka bagi mengelakka­n mereka terus terlibat dan menjadi penagih dadah,” katanya dan menambah ada kalangan ditahan itu bekerja sebagai penghantar surat dan pemandu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUMPUL BUKTI: Tiga anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengambil maklumat ketika menjalanka­n Ops Keramat di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama KUMPUL BUKTI: Tiga anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengambil maklumat ketika menjalanka­n Ops Keramat di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: Antara yang ditahan disyaki penagih dadah dalam Ops Keramat.
— Gambar Bernama DITAHAN: Antara yang ditahan disyaki penagih dadah dalam Ops Keramat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia