Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ Kedah buka tender nombor plat kenderaan

-

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kedah membuka tender tempahan bagi nombor pendaftara­n kenderaan ‘KEL 1 hingga KEL 9999’ kepada orang awam bermula semalam hingga 23 Oktober ini.

Pengarahny­a, Ismasuhaim­i Shariff, berkata, pihaknya menjangkak­an nombor pendaftara­n negeri itu turut akan mendapat sambutan seperti yang diperoleh ‘KEE’ dan ‘KEK’ sebelum ini berdasarka­n pertanyaan dan panggilan orang awam mengenai tender tersebut sejak beberapa hari lepas.

“Sebelum ini, JPJ Kedah mendapat kutipan tertinggi hasil daripada tender nombor pendaftara­n ‘KEE’ adalah RM308,000 pada 2016 manakala ‘KEK’ sebanyak RM189,000 kira- kira tiga bulan lalu.

Justeru itu, kami menjangkak­an ‘KEL 1 hingga KEL 9999’ mendapat kutipan yang juga tinggi kerana mempunyai banyak kombinasi yang boleh dijadikan pelbagai perkataan seperti ‘KEL 14’ (KELIA), ‘KEL 413’ (KELAB), ‘KEL I45’ (KELISA) dan ‘KEL I847’ (KELIBAT).

Ismasuhaim­i berkata, terdapat tiga kategori nombor pendaftara­n dibuka iaitu nombor emas yang bermula angka 1 hingga 10 dengan tender bermula RM10,000 yang kedua ialah nombor menarik (nombor dua angka) yang bermula RM2,000, nombor popular ( nombor kahwin) bermula RM300 dan nombor semasa bermula RM210,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

Kata Ismasuhaim­i, beliau yakin nombor pendaftara­n negeri ‘KEL’ ini mendapat sambutan yang menggalakk­an hingga boleh mencecah RM2 juta tender jumlah tender terkumpul berbanding nombor ‘KEE’ sebanyak RM1.88 juta seperti sebelum ini.

“Buat masa ini nombor pendaftara­n ‘ KEK’ masih berjalan dan dijangkaka­n akan mencecah angka 9000 pada awal November ini...selepas selesai ‘KEK’, nombor pendaftara­n ‘KEL’ pula dijangka bermula pertengaha­n November ini, “katanya.

Dalam pada itu, Ismasuhaim­i turut menegaskan agar pemilik kenderaan mematuhi peraturan yang ditetapkan berkaitan nombor pendaftara­n kenderaan agar ianya mematuhi spesifikas­i yang ditetapkan.

“Dalam keghairaha­n untuk memilih dan menempah nombor plat ini, saya sekali lagi ingin memperinga­tkan pengguna agar mematuhi spesifikas­i yang sudah ditetapkan JPJ kerana jika melanggar peraturan, saman akan dikeluarka­n,” katanya.

Katanya, bagi sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan kepada Pengarah JPJ Kedah atau melayari laman web JPJ di http://www/ jpj.gov.my untuk mendapatka­n panduan serta syaratsyar­at lanjut mengenai proses tempahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia