Utusan Borneo (Sarawak)

SUHAKAM buat siasatan awam kehilangan Pastor Raymond dan tiga yang lain

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia ( SUHAKAM) akan mengadakan siasatan awam berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh, aktivis sosial Amri Che Mat serta Pastor Joshua Hilmi dan isterinya Ruth Hilmi bermula 19 Okt ini.

SUHAKAM dalam kenyataan semalam berkata, anggota panel siasatan terdiri daripada barisan pesuruhjay­anya iaitu Datuk Mah Weng Kwai sebagai pengerusi dan Datuk Dr Aishah Bidin serta Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh.

“Sehingga kini, SUHAKAM telah merekodkan 35 keterangan daripada saksisaksi kesemua kes dan proses siasatan bertujuan mencari jawapan serta petunjuk berhubung situasi ini,” menurut kenyataan itu.

Pastor Koh, 62, hilang selepas dilarikan sekumpulan lelaki yang berkonvoi menggunaka­n beberapa buah kereta pada 13 Feb lepas manakala Amri, 44, pula dilaporkan hilang sejak tahun lalu.

Pastor Joshua dan isteri pula dilaporkan kali terakhir dilihat oleh rakan- rakannya pada November tahun lepas sebelum hilang tanpa sebarang berita.

Menurut kenyataan itu, siasatan bagi menentukan terma rujukan sama ada kes kehilangan tersebut adalah seperti ditakrifka­n oleh Konvensyen Antarabang­sa tentang Perlindung­an Semua Orang daripada Tindakan Penghilang­an Paksa, atau ia adalah kes-kes kehilangan sukarela yang melanggar undang-undang jenayah dan/ atau sivil dan/ atau undangunda­ng hak asasi manusia.

“Sekiranya mana- mana terma rujukan siasatan dapat dipastikan, maka siasatan seterusnya ialah ‘bagaimana pendakwaan pelanggara­n itu berlaku dan juga untuk mengenal pasti individu atau agensi bertanggun­gjawab’.

“Selain itu, ia juga akan menyiasat sama ada arahan pentadbira­n atau prosedur atau aturan yang menyumbang kepada pelanggara­n tersebut; dan juga untuk pertimbang­an sama ada pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia telah mengambil tindakan yang memadai,” menurut kenyataan itu.

Menurut Suhakam siasatan itu akan diadakan di Bilik Inkuiri SUHAKAM, Tingkat 13, Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia, di Jalan Sultan Ismail, di sini dan dijangka berakhir pada 17 Nov ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia