Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak tiga tahun disyaki didera ibu kandung, bapa tiri

-

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dari Lapangan Perdana di sini, disyaki didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya berikutan penemuan kesan cedera dan calar pada badan kanak-kanak itu oleh Perak Community Specialist Hospital di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata pihaknya menerima laporan daripada hospital berkenaan pada jam 1.21 pagi Jumaat lalu.

“Seorang wanita berusia 24 tahun datang ke hospital bersama tiga anaknya iaitu mangsa, kakaknya yang berusia empat tahun dan adik lelaki berusia empat bulan, kerana disyaki dijangkiti Influenza A.

“Kesemua mereka kecuali mangsa disyaki dijangkiti wabak itu, namun mangsa turut ditahan di wad bersamasam­a ibu, kakak dan adiknya,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir di sini semalam.

Katanya, kecederaan pada mangsa dikesan oleh doktor yang melakukan pemeriksaa­n terhadap kanak-kanak itu.

“Kecederaan dialami mangsa tidak serius cuma ada kesan calar-balar.

Keluarga berkenaan termasuk mangsa telah dipindahka­n ke Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya. Beliau berkata hasil soal siasat awal, ibu mangsa mengakui dia dan suami yang berumur 20 tahun memukul mangsa menggunaka­n tangan serta penyidai baju bagi mendisipli­nkan kanak-kanak yang didakwanya terlalu aktif.

Bagaimanap­un kata Sum, polis belum dapat merakamkan keterangan ibu dan mangsa kerana keadaan kedua-dua mereka belum mengizinka­n.

“Akan tetapi pihak kami difahamkan bapa tiri mangsa yang bekerja di Pulau Pinang akan diambil keterangan hari ini ( semalam),” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia