Utusan Borneo (Sarawak)

5 lelaki ditahan bersama motosikal dan komponen motosikal curi

-

BESUT: Lima lelaki termasuk remaja berumur 15 tahun ditahan polis selepas menemukan dua motosikal bersama pelbagai jenis komponen motosikal yang dicuri oleh mereka di Rumah Awam, Pengkalan Nyireh dekat Kampung Raja di sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritende­n Mohd Zamri Mohd Rowi memberitah­u suspek yang diketuai oleh seorang peniaga berumur 32 tahun itu ditangkap dalam operasi ‘ Ops Lejang’ dari Balai Polis Kampung Raja di sini.

Katanya, ketika serbuan polis menemui dua motosikal curi dan telah diubah suai selain komponen enjin motosikal dan perkakas motosikal yang telah dileraikan untuk dijual. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia