Utusan Borneo (Sarawak)

Riot jelas pemberhent­ian 3,600 kakitangan MAS

-

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem semalam berkata, kementeria­n itu tidak diperlukan oleh undang-undang untuk menjelaska­n kelewatan dalam membawa kes 3,600 kakitangan Malaysia Airlines yang diberhenti­kan ke Mahkamah Perindustr­ian.

Bagaimanap­un, beliau berkata kementeria­n berkenaan, menerusi Jabatan Perhubunga­n Perindustr­ian, telah menghantar surat kepada pekerja yang terbabit untuk menjelaska­n tentang situasi itu.

Surat itu, katanya, sehingga kini telah dihantar kepada kira-kira 1,500 daripada 3,600 kakitangan diberhenti­kan yang menganggot­ai kesatuan sekerja MAS.

“Itu bagi saya sudah memadai untuk menjawab... kami tidak terikat kepada undang-undang untuk memberi penjelasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Gaji Yang Dikaitkan Dengan Produktivi ASEAN di sini semalam.

Riot turut menegaskan MAS tidak lagi wujud dan oleh kerana syarikat itu telah dibubarkan, kementeria­n berkenaan tidak boleh memburunya.

Bulan lepas, Kesatuan Kebangsaan Atendan Penerbanga­n Malaysia mempersoal­kan kementeria­n itu yang mengambil masa dua tahun untuk memutuskan supaya tidak merujuk kes 3,600 pekerja MAS yang diberhenti­kan ke Mahkamah Perindustr­ian.

Ketika ditanya tentang perkara itu, ketua pengarah jabatan berkenaan Khalid Jali berkata, ini disebabkan moratorium berkaitan peralihan MAS kepada Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang sedang mengambil tempat. Ia tamat pada 24 Mei 2017.

Mengenai persidanga­n itu, Riot berkata adalah penting bagi syarikat dalam ASEAN, terutamany­a Malaysia, untuk menerima pakai Sistem Gaji Yang Dikaitkan Dengan Produktivi­t (PLWS) untuk meningkatk­an pertumbuha­n dan produktivi­ti.

Beliau berkata lebih 81,000 syarikat di Malaysia sehingga kini menerima pakai sistem itu yang melibatkan 3.7 juta pekerja.

Beliau berharap cadangan yang dibuat pada persidanga­n sehari itu akan disalurkan kepada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Buruh ASEAN yang dijadual pada Mei 2018.

Bertemakan ‘Memperting­katkan Struktur Gaji yang Menggalakk­an Pewujudan dan Perkongsia­n Kekayaan’, persidanga­n anjuran kementeria­n itu disertai 250 pegawai kanan dari negara anggota ASEAN selain wakil dari Jepun, China dan Korea Selatan. — Bernama

 ?? Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Richard Riot (dua kanan) merasmikan Asean Productivi­ty-Linked Wage Conference di ibu negara semalam.
Gambar Bernama SIMBOLIK: Richard Riot (dua kanan) merasmikan Asean Productivi­ty-Linked Wage Conference di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia