Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan digesa beri perhatian isu penyelengg­araan sekolah

-

ALOR GAJAH: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g ( GPMS) menggesa kerajaan memberi perhatian isu penyelengg­araan dan pembaikan infrastruk­tur sekolah di seluruh negara, khususnya sekolah dalam keadaan daif, bagi memberikan persekitar­an pembelajar­an lebih baik untuk generasi muda negara. Presidenny­a Zambri Mohd Isa berkata berdasarka­n laporan yang diterima GPMS daripada pelbagai pihak termasuk sekolah, lebih 20 peratus daripada jumlah sekolah di seluruh negara berada dalam keadaan kurang selesa dengan pelbagai kerosakan infrastruk­tur.

Ini memperluka­n pembaikan infrastruk­tur dengan segera kerana ia melibatkan isu keselamata­n dan keselesaan pelajar dan guru, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Perasmian Program Pecutan Akhir SPM 2017 peringkat Parlimen Masjid Tanah di sini disempurna­kan Anggota Parlimen Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan turut dihadiri Pengerusi GPMS Melaka Mohd Saifullah Dolmat.

Zambri berkata terdapat keadaan di mana kerosakan infrastukt­ur di sekolah tidak diselengga­ra segera dan keadaan itu menyebabka­n kerosakan yang gagal dibaiki atau diselengga­ra melarat ke bahagian lain dan secara tidak langsung meningkatk­an kos pembaikan.

“Justeru kita memohon kerajaan untuk memperuntu­kkan bajet yang lebih untuk sekolah khususnya pada Bajet 2018 akan datang bagi mengelak keadaan sekolah bertambah buruk. Selain itu, kita berharap peruntukan khas dan segera dapat diberikan untuk melakukan pembaikan kerosakan yang berlaku di sekolah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata peruntukan mencukupi juga perlu diberikan kepada pihak universiti awam pada Bajet 2018 akan datang bagi memastikan semua program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksana sepenuhnya dengan lancar.

Sementara itu, Zambri berkata GPMS turut memohon kerajaan mempertimb­angkan pemberian biasiswa pada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada golongan berpendapa­tan rendah atau B40.

“Pada masa sekarang pin- jaman PTPTN automatik menjadi biasiswa sekiranya peminjam mendapat Ijazah Kelas Pertama, namun GPMS berharap pertimbang­an yang sama dapat diberikan pada pelajar daripada keluarga B40,” katanya.

Dalam majlis sama, GPMS Melaka turut melancarka­n Tabung Amanah Kebajikan Pelajar yang disempurna­kan pelancaran­nya oleh Mas Ermieyati untuk anak Melaka khususnya bagi menjaga kebajikan golongan mahasiswa di universiti melalui bantuan makanan pada setiap Jumaat.

Mohd Saifullah berkata peruntukan tabung berkenaan diterima daripada pelbagai agensi di negeri ini dan kira-kira RM500 hingga RM600 dibelanjak­an setiap minggu bagi pemberian bantuan makanan kepada kira-kira 140 pelajar terpilih. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia