Utusan Borneo (Sarawak)

Harga naik: Ikan segar sejuk beku jadi alternatif

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyediaka­n pelbagai jenis ikan segar sejuk beku Q’Fish sebagai pilihan kepada pengguna berikutan kenaikan harga ikan kembung yang tinggi pada akhir-akhir ini.

Pengerusin­ya Ahmad Rudin Hussain berkata antara pilihan jenis ikan itu ialah ikan siakap, selar kuning dan senangin yang harganya lebih stabil ketika ini.

“Selain itu, pengguna juga boleh memilih ikan yang mempunyai harga lebih berpatutan dan kualitinya setanding dengan ikan segar antaranya ikan pelaling, sardin (selayang), tongkol, cencaru dan keli,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, ikan kembung adalah spesies ikan yang bergantung semata-mata kepada tangkapan kerana ia tidak boleh diternak seperti beberapa jenis ikan lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia