Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha, pemilik tandas awam di Ipoh diminta tidak kunci kemudahan

-

IPOH: Pengusaha dan pemilik tandas awam khususnya di kawasan tumpuan ramai sekitar bandar raya Ipoh diingatkan agar tidak mengunci tandas kerana kemudahan itu amat diperlukan oleh warga kota.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata, tindakan mengunci kemudahan itu khususnya di kawasan seperti medan selera, taman rekreasi serta pusat beli belah menyusahka­n orang ramai.

“Pengusaha dan pemilik tandas awam ( sepatutnya) hanya memantau tandas Orang Kurang Upaya ( OKU) yang dikendalik­an mereka kerana kemudahan itu hanya boleh digunakan oleh golongan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaa­n di beberapa tandas awam di sini semalam.

Pemeriksaa­n yang melibatkan seluruh kakitangan pengurusan MBI itu dilakukan susulan Kempen Perak Yang Bersih, dilancarka­n Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Mac lepas.

Zamri berkata ketika ini terdapat sebanyak 2,096 tandas awam di sekitar bandar raya dengan 84 daripadany­a smilik MBI, manakala selebihnya dikendalik­an oleh pemilik bangunan atau premis perniagaan.

Selain itu, Zamri berkata MBI menyasarka­n sebanyak 700 daripada 2,096 tandas awam di bandar raya Ipoh mencapai tahap kebersihan empat dan lima bintang tahun ini.

Katanya setakat Januari hingga Ogos tahun ini, MBI telah memeriksa dan menilai tahap kebersihan 915 tandas dan hasil pemeriksaa­n mendapati 10 peratus daripadany­a mencapai tahap lima bintang.

“Kebersihan tandas dinilai berdasarka­n pelbagai kriteria antaranya bekalan air, pencahayaa­n, pengudaraa­n, bau, fasiliti, struktur bangunan dan kemudahan tambahan,” katanya.

Selain itu, katanya MBI turut menyasarka­n untuk memeriksa dan menilai 1,400 daripada 2,096 tandas di Ipoh tahun ini dengan pemeriksaa­n dijalankan di semua kawasan termasuk rumah ibadat, pusat perniagaan dan pusat beli- belah.

“Kita dapati tahap kebersihan tandas di pusat beli belah tidak memuaskan mungkin kerana ramai pengguna sehingga pihak pengurusan perlu sentiasa memastikan tandas berada dalam keadaan bersih,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata menerusi pemeriksaa­n yang dijalankan dari Januari hingga Ogos tahun ini, pihaknya telah mengeluark­an 58 kompaun, 46 notis dan 407 amaran lisan kepada pengusaha dan pemilik tandas awam.

“Sekiranya tandas di premis perniagaan kotor dan pengurusan makanan tidak baik, MBI akan mengeluark­an notis dan seterusnya menarik lesen premis sekiranya pengusaha masih gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia