Utusan Borneo (Sarawak)

DAP akan terus perkudakan sesiapa sahaja

-

KUALA LUMPUR: DAP akan terus berkuasa dan memperkuda­kan sesiapa sahaja termasuk bekas pemimpin UMNO mahupun rakan dalam kem pembangkan­g demi survival politik dan kuasa, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, keupayaan Lim Kit Siang menjinakka­n tokoh politik negara seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dilihat selama ini kebal dan sukar ditewaskan dalam dunia politik, akhirnya tumbang dengan kata-kata manis Lim, sekali gus melayakkan pemimpin veteran DAP itu dinobatkan sebagai diktator politik.

“Ada beberapa orang hebat dalam politik negara. Tetapi, tidak ramai boleh pikat hati, boleh lawan Tun Mahathir termasukla­h Tengku Razaleigh Hamzah dan ( Datuk Seri) Anwar Ibrahim sendiri.

“(Lim) Kit Siang belum pernah pergi pejabat UMNO sepanjang Tun Mahathir dalam UMNO. Tetapi, akhirnya Tun Mahathir pergi pejabat DAP. Kini ( Lim) Kit Siang mampu tawan dan jinakkan Tun Mahathir,” katanya pada program ‘Bicara Minda dan Sesi Dialog: Perjuangan For All’ di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam kelmarin.

Program anjuran Pergerakan Puteri UMNO itu turut dihadiri Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Annuar berkata, kem pembangkan­g kini dilihat bertarung nyawa dan mengharapk­an talian hayat daripada DAP yang jelas menguasai lebih banyak kerusi politik berbanding sekutunya yang masih terkial-kial mencari sokongan dan perhatian selain bergaduh sesama sendiri demi jawatan.

Jelasnya, politik yang diamalkan DAP khasnya di bawah naungan Lim itu hanya mementingk­an diri sendiri dan memerangka­p pihak lain termasuk menggunaka­n wanita Melayu muda sebagai modal meraih perhatian masyarakat.

“Mereka gunakan wanita Melayu muda seperti Dyana Sofia Mohd Daud ( bekas calon Parlimen Teluk Intan) hanya untuk publisiti. Bukan mencari mereka yang betulbetul ada kelayakan seperti dibuat UMNO,” katanya.

Sementara itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata DAP meniru modus operandi UMNO dengan mengetenga­hkan wanita muda, namun mengeksplo­itasinya untuk memancing perhatian dan bukannya benar-benar menghargai peranan yang dimainkan golongan tersebut.

UMNO melalui sayap Puteri dan Wanita telah dan bakal melahirkan lapisan pemimpin yang mempunyai pelbagai latar belakang menarik dan memegang jawatan penting di dalam dan luar sektor kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia