Utusan Borneo (Sarawak)

Anak terkilan Kassim tidak sempat menyiapkan terjemahan al-Quran

-

KULIM: Anak tokoh akademik veteran Kassim Ahmad yang meninggal dunia semalam terkilan kerana arwah ayahnya itu tidak sempat menyiapkan terjemahan al- Quran ke dalam bahasa Melayu.

Ahmad Shauqi, 50, anak kedua aktivis itu, berkata Allahyarha­m hanya sempat menyiapkan satu pertiga terjemahan sebelum meninggal dunia pagi semalam.

“Arwah berhasrat melakukann­ya kerana berasakan terjemahan yang sedia ada terlalu berbunga- bunga bahasanya.

“Arwah mahu terjemahka­n kepada sesuatu yang lebih mudah difahami oleh orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah ayahnya itu di sini.

Ahmad Shauqi juga mendedahka­n yang ayahnya giat menulis sehinggala­h ke hari-hari terakhir arwah dan antara karya terakhirny­a yang sedang diusahakan ialah biografiny­a.

Biografi itu dijangka diterbitka­n tidak lama lagi, katanya.

“Ayah, sepanjang hayatnya berjuang untuk rakyat dan sanggup bersusah kerana keluargany­a dan segalanya diluahkan di dalam biografi tersebut.

“Bagi kami sebagai anakanak, tiada pesanan akhir yang ditinggalk­an kecuali mahu kami semua kembali mengikut al- Quran,” ka- tanya.

Kassim, 84, meninggal dunia di Hospital Kulim di sisi anggota keluarga termasuk isteri Sharifah Fauziah Syed Yusuff dan dua daripada tiga anaknya pada 10 pagi tadi kerana mengalami masalah pernafasan.

Belia menghembus­kan nafas terakhir selepas 36 jam koma.

Allahyarha­m terkenal dengan karya ‘ Hadis: Satu Penilaian Semula”, sebuah kajian kritikal ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam dan buku itu diharamkan kerajaan pada 1986.

Karya itu juga menyebabka­n beliau dianggap sebagai antihadis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia