Utusan Borneo (Sarawak)

Program Baiti Jannati@ WP bantu 300 keluarga miskin tegar di KL

-

PUTRAJAYA: Sejumlah RM6.5 juta berjaya dikumpul untuk program Baiti Jannati@ Wilayah Persekutua­n setakat ini bagi membantu membaik pulih dan menyelesai­kan baki pinjaman perumahan penghuni miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebanyak 300 keluarga di kawasan perumahan berkenaan akan dapat dibantu melalui kutipan dana program berkenaan, yang merupakan inisiatif Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutua­n, sehingga akhir tahun ini.

“Dana yang disumbangk­an oleh syarikat-syarikat ini akan digunakan bagi membaiki rumah-rumah usang milik mereka, dan menyelesai­kan baki pinjaman perumahan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM1 juta oleh Mah Sing Foundation kepada program Baiti Jannati@ Wilayah Persekutua­n di sini semalam.

Setakat ini, katanya, 28 keluarga telah dibantu pada bulan Ramadan lepas dan sebanyak 53 keluarga India yang akan menyambut Deepavali minggu depan juga akan dibantu manakala usaha membantu yang lain akan dilaksanak­an sehingga hujung tahun ini.

“Kita harap lebih banyak syarikat akan tampil untuk bekerjasam­a dengan pihak kementeria­n menerusi program ini yang dapat memberi kehidupan yang lebih selesa kepada golongan yang memerlukan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia