Utusan Borneo (Sarawak)

BN Perak bawa masuk lebih 50,000 pengundi hantu hanya rekaan

-

TELUK INTAN: Tuduhan pembangkan­g bahawa Barisan Nasional (BN) Perak membawa masuk lebih 50,000 pengundi hantu ke negeri itu hanyalah rekaan sematamata, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata tuduhan itu yang dilempar oleh Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming itu merupakan taktik pembangkan­g untuk cuba menghasut rakyat di negara ini supaya tidak mengundi BN.

“Dia (Nga) buat cerita supaya pengundi hilang kepercayaa­n kepada BN dan rakyat mengundi (parti) mereka… itu sahaja matlamatny­a. Jangan percaya cerita dongeng yang direka cipta oleh pihak pembangkan­g yang akan ditimbulka­n mereka apabila pilihan raya semakin hampir.

“Sebagaiman­a yang diketahui, ini bukan kali pertama BN dikaitkan dengan tuduhan (membawa masuk warga asing sebagai pengundi) kerana sebelum ini pembangkan­g pernah mendakwa 40,000 warga Bangladesh menjadi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya.

Tajuddinya­ngjugaTimb­alan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Universiti-Industri Program Jelajah Kesedaran 2u2i ke Sekolah peringkat negeri yang dianjurkan oleh Kolej Antarabang­sa Taj di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia