Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan McClean kecewakan Wales di Cardiff

Republik Ireland layak ke playoff terakhir kelayakan Zon Eropah selepas kemenangan 1-0 pada Isnin lepas

-

CARDIFF, Wales: Republik Ireland mengesahka­n tempat ke playoff terakhir kelayakan ke Piala Dunia 2018 dengan mengecewak­an Wales selepas gol James McClean memastikan kemenangan 1-0 di sini Isnin lepas.

Gol pemain kelab West Bromwich Albion itu membolehka­n Ireland mengatasi Wales untuk berada di tangga kedua Kumpulan D, di belakang Serbia dan ini bermakna skuad kendalian Martin O’Neill akan menjadi salah satu dari lapan pasukan layak ke playoff terakhir kelayakan Zon Eropah, dengan undian lawan ditentukan pada 17 Oktober.

“Prestasi pemain adalah sangat hebat,” kata jurulatih O’Neill.

“Kami terpaksa berdepan banyak asakan, sesuatu yang sememangny­a anda jangkakan tetapi kami harus menang di Cardiff dan itulah yang kami lakukan.

“James menjaringk­an gol cantik untuk kami dan selepas itu kami terpaksa menangani lebih banyak asakan. Ia adalah permainan yang hebat secara keseluruha­nnya dan kerana itu kami layak ke playoff.”

Ketika Ireland berada di landasan untuk penampilan pertama di Piala Dun-

Prestasi pemain adalah sangat hebat. Martin O’Neill Jurulatih Republik Ireland

ia sejak 2002, Wales, yang melangkah ke peringkat separuh akhir di Euro 2016, menyaksika­n impian penampilan pertama mereka di Piala Dunia sejak 1958 berakhir sekelip mata. Tanpa kelibat bintang utama, Gareth Bale dan juga Joe Allen yang mengalami kecederaan dalam separuh masa pertama, Wales tewas buat kali pertama dalam kumpulan dan juga tewas perlawanan kompetetif pertama di tempat sendiri dalam tempoh empat tahun.

Perlawanan di Stadium Cardiff City mungkin menjadi perlawanan terakhir Chris Coleman sebagai jurulatih Wales selepas berikrar untuk melepaskan jawatan selepas Piala Dunia tetapi harapan ke Piala Dunia berakhir lebih awal.

“Kami kekurangan malam ini,” kata Coleman. “Semua yang kami lakukan tidak memadai.

“Saya tidak dapat berkata tentang masa depan saya ketika ini kerana saya tidak memikirkan­nya. Bilik persalinan penuh dengan pemain dan kakitangan yang sangat kecewa dengan kekalahan ini.

“Seluruh negara juga berasa kecewa kerana kami sekali lagi terlepas peluang ke Piala Dunia.”

Dibawa masuk ke dalam skuad untuk menggantik­an Sam Vokes, Hal RobsonKanu hampir membuka jaringan pada awal permainan dari satu tendangan sudut Joe Ledly sebelum Aaron Ramsey melihat rembatanny­a ditepis penjaga gol Darren Randolph ketika Wales mengancam awal.

Dan walaupun menguasai separuh masa pertama, Wales tetap gagal melakukan penyudah berbahaya di hadapan pintu gol Ireland.

Allen bagaimanap­un terpaksa dikeluarka­n pada minit ke-37 selepas berlanggar dengan McClean dan David Meyler.

Jonny Williams dimasukkan dalam separuh masa kedua dan dengan Wales kehilangan Allen, Ireland mula mengawal permainan.

Walaupun Wales mengekalka­n rentak permainan selepas rehat, ketangkasa­n Randolph menafikan cubaan Robson-Kanu sebelum McClean melakukan satu rembatan cantik pada minit ke57 yang kemudian menjadi gol tunggal perlawanan.

Ia adalah kali pertama Wales ketinggala­n dalam kempen kelayakan dan tersentak dengan gol itu, Wales kelihatan hilang punca dan walaupun mengasak bertalu-talu memburu gol penyamaan, rekod tanpa kalah menentang Ireland bagaimanap­un berakhir bersama- sama impian ke Rusia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Pemain pertahanan Wales, Ben Davies (kiri) bersaing dengan pemain Republic Ireland, Robbie Brady pada aksi di Stadium Cardiff City, Wales pada Isnin lepas.
— Gambar AFP Pemain pertahanan Wales, Ben Davies (kiri) bersaing dengan pemain Republic Ireland, Robbie Brady pada aksi di Stadium Cardiff City, Wales pada Isnin lepas.
 ?? Gambar Reuters — ?? PENUH BERMAKNA: McClean meraikan jaringanny­a ketika membantu Republik Ireland menewaskan Wales pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Cardiff City, Cardiff pada Isnin lepas. SENGIT:
Gambar Reuters — PENUH BERMAKNA: McClean meraikan jaringanny­a ketika membantu Republik Ireland menewaskan Wales pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Cardiff City, Cardiff pada Isnin lepas. SENGIT:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia