Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Jaringan Prijovic sahkan tempat Serbia ke Piala Dunia

-

BELGRADE, Serbia: Aleksandar Prijovic menjaringk­an gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian dalam separuh masa kedua untuk memastikan Serbia menewaskan Georgia 1- 0 dan mengesahka­n tempat ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Prijovic menjaringk­an gol pada minit ke- 74 di Belgrade, sekali gus membolehka­n Serbia menamatkan saingan Kumpulan D selaku juara, dengan Republik Ireland menduduki tempat kedua untuk playoff terakhir kelayakan selepas menewaskan Wales 1- 0 di Cardiff.

“Saya fikir kami selayaknya kemenangan ini walaupun kami memerlukan perlawanan terakhir, tetapi kami berjaya melakukann­ya,” kata jurulatih Serbia, Slavoljub Muslin.

Prijovic berkata gol itu adalah yang paling penting dalam kerjayanya.

“Ia adalah impian sejak kecil untuk menjaringk­an gol penting untuk negara saya,” kata Prijovic.

Selepas separuh masa pertama yang hambar, Serbia menguasai separuh masa kedua dan mempunyai dua peluang untuk membuka jaringan termasuk satu cubaan Nemanja Matic sempat dikeluarka­n sebelum melepasi garisan pintu gol.

Serbia terlepas peluang mengesahka­n kelayakan ke Rusia lebih awal apabila tewas 2- 3 kepada Austria di Vienna tetapi mereka mengelak sebarang kekecewaan untuk membuat penampilan pertama di Piala Dunia sejak lapan tahun – di Afrika Selatan 2010. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEGAR JARING: Prijovic meraikan jaringanny­a ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Rajko Mitic, Belgrade pada Isnin lepas.
— Gambar AFP GEGAR JARING: Prijovic meraikan jaringanny­a ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Rajko Mitic, Belgrade pada Isnin lepas.
 ?? —Gambar AFP ?? KE RUSIA: Para pemain Iceland meraikan kejayaan mereka selepas tamat perlawanan di Reykjavik, Iceland Isnin lepas.
—Gambar AFP KE RUSIA: Para pemain Iceland meraikan kejayaan mereka selepas tamat perlawanan di Reykjavik, Iceland Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia