Utusan Borneo (Sarawak)

Sentiasa fokus dengan tugasannya

Selain jurulatih, Vingada dilantik sebagai pengurus skuad kebangsaan

-

KUALA LUMPUR: Selain memegang jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada semalam turut dilantik sebagai pengurus pasukan setelah mendapat perkenan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tanggungja­wab sebagai pengurus pasukan merangkap ketua jurulatih kebangsaan itu diberikan kepada Vingada bermula dengan perlawanan ketiga Kumpulan B Kelayakan

Mata manusia tidak pernah menipu, kalau seluruh rakyat negara ini termasuk saya nampak anda semua memberi 110 peratus, kalah atau menang pun kita puas hati. Tunku Ismail Sultan Ibrahim Presiden FAM

Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong malam tadi.

“Pelantikan ini dibuat kerana Tunku Presiden mahukan seorang pengurus pasukan sepenuh masa yang boleh sentiasa fokus dengan tugasannya bersama pasukan, selain memudahkan perjalanan pentadbira­n pasukan dari aspek pengurusan dan kejurulati­han.

“Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal yang telah menggalas tugas sebagai pengurus pasukan kebangsaan pada dua perlawanan terdahulu bertemu Lubnan di Larkin pada 13 Jun lalu dan bertemu Hong Kong di Melaka (pada 5 Sept),” katanya dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook FAM .

Skuad negara ketika ini menduduki tangga tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata dari dua perlawanan dan Lubnan mendahului kumpulan dengan tujuh mata dari tiga perlawanan manakala Korea Utara dan Hong Kong berkongsi dua mata. — Bernama

 ??  ?? JUARA: Pemain-pemain The Adly Station ceria selepas muncul juara Cabaran Futsal Hari Malaysia anjuran Mutiara General Trading & Services.
JUARA: Pemain-pemain The Adly Station ceria selepas muncul juara Cabaran Futsal Hari Malaysia anjuran Mutiara General Trading & Services.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia