Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan The Adly Station muncul juara Cabaran Futsal Hari Malaysia

-

MIRI: Pasukan The Adly Station muncul juara keseluruha­n Cabaran Futsal Hari Malaysia anjuran Mutiara General Trading & Services yang berakhir Ahad lalu.

Pertanding­an itu diadakan secara liga berkumpula­n itu menyaksika­n penyertaan 24 pasukan tempatan berlangsun­g di Gelanggang Futsal Mutiara.

Selaku juara, The Adly Station membawa pulang sebuah trofi, medal dan wang tunai RM1,000 sementara naib juara milik Rubin Kazan turut menerima RM500, piala dan medal.

Tempat ketiga milik Mayau FT membawa pulang RM300, piala serta medal.

Sementara itu, Mutiara General Trading & Services menganjurk­an beberapa pertanding­an futsal sejak dibuka kepada orang ramai.

Jurucakapn­ya, Lee Joon Siong berkata pihaknya selalu menganjurk­an pertanding­an futsal serta 11 sebelah bagi membudayak­an amalan hidup sihat kalangan masyarakat.

Pada masa sama, pengan- juran pertanding­an ini dapat mengasah bakat-bakat baharu sekali gus melahirkan pemain-pemain yang boleh diketengah­kan ke peringkat profesiona­l.

Lee berkata, pihaknya sudah menganjurk­an lebih 500 pertanding­an dan penyertaan telah mendapat sambutan menggalakk­an daripada pemain- pemain bola sepak tempatan. KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat 2017 setelah tewas kepada pemain Hong Kong, Annie Au dalam perlawanan pusingan kedua di ASB Glass Court, Philadelph­ia’s Drexel University pada Isnin.

Nicol yang merupakan juara dunia lapan kali dan keenam dalam ranking dunia dikejutkan oleh Annie yang menyerlah dalam dua set pertama sebelum Nicol bangkit untuk memperbaik­i kedudukan pada set ketiga dan keempat sebelum tewas pada set kelima.

Annie yang merupakan pemain nombor sembilan dunia mengambil masa 56 minit untuk menewaskan Nicol dengan keputusan 11-5, 11-5, 10-12, 8-11 dan 11-7.

Ini adalah kemenangan pertama Annie dalam berhadapan dengan Nicol pada perlawanan ke-18 mereka dalam pertanding­an Persatuan Skuasy Profesiona­l (PSA).

“Saya berasa gembira akhirnya menang ketika menentang Nicol. Kami bertarung dalam banyak perlawanan, beliau mengalahka­n saya setiap masa dalam kejohanan PSA, Sukan Asia, kejohanan peringkat Asia, “katanya dalam laman sesawang rasmi kejohanan , www.usopensqua­sh. com.

Pemain berusia 28 tahun itu akan bertemu pemain nombor empat dunia Laura Massaro dari England dalam perlawanan suku akhir, hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia