Utusan Borneo (Sarawak)

Gandingan dengan Olimpian batu loncatan buat Tang Jie

-

KUALA LUMPUR: Peluang berganding­an dengan Olimpian, Goh Liu Ying disifatkan pemain muda Chen Tang Jie sebagai batu loncatan untuknya lebih kompetitif dalam sukan badminton di peringkat antarabang­sa.

Tang Jie yang menjadi pasangan baharu Liu Ying memulakan latihan pertamanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM) semalam, berkata beliau tidak tertekan menjadi pasangan Liu Ying sebaliknya mahu membuktika­n kemampuann­ya untuk mencipta nama dalam arena badminton.

“Saya telah mulakan latihan sejak semalam, jurulatih dan pemain lain banyak membantu saya untuk menyesuaik­an diri, masih banyak yang perlu belajar. Terima kasih kepada jurulatih kerana memilih dan percaya dengan kebolehan saya untuk berganding­an dengan Liu Ying.

“Liu Ying memberikan saya semangat baharu untuk menjadi pemain yang berjaya di peringkat lebih tinggi. Memang sangat teruja dapat menjadi gandingan Liu Ying, beliau seorang pemain berpengala­man,” katanya ketika di hubungi Bernama di sini semalam.

Tang Jie tidak menafikan banyak pihak meletakkan harapan tinggi kepadanya dan mahu melihat satu keputusan cemerlang dalam masa terdekat, namun pemain berusia 19 tahun itu tidak menganggap ia satu tekanan besar buat dirinya.

Kejohanan pertama Tang Jie-Liu Ying ialah India Internatio­nal Challenge di Mumbai pada 29 Nov-3 Dis ini dan Maldives Internatio­nal Challenge di Male bermula 5 hingga 10 Dis.

“Memang saya ada harapan tinggi apabila berganding­an dengan Liu Ying tetapi kami mahu lihat keserasian di gelanggang dalam tempoh sebulan ini terlebih dahulu. Saya akan belajar dengan cepat dan memberikan kerjasama baik dengan semua pihak,” katanya.

Liu Ying yang sebelum ini berpasanga­n dengan Chan Peng Soon meraih pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 mengalami kecederaan bahu dan terpaksa berehat selama enam bulan, sekali gus menyaksika­n gandingan tersebut dipisahkan.

Peng Soon kini berganding­an dengan Cheah Yee See. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia