Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia juara keseluruha­n kejohanan boling padang Asia

-

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan cemerlang pada temasya Sukan SEA ke-29 pada Ogos lepas, skuad boling padang meneruskan rentak dengan muncul sebagai juara keseluruha­n Kejohanan Boling Padang Asia ke12 di New Delhi, India kelmarin.

Skuad boling padang negara berjaya mengumpul lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Terdahulu pada Jumaat lepas, mereka memenangi tiga pingat emas dan menambah dua lagi pingat emas semalam melalui acara perseorang­an lelaki dan beregu wanita.

Dalam perlawanan akhir perseorang­an lelaki, Mohamed Soufi Rusli mengalahka­n Cheung Chi Hing dari Hong Kong dengan 21-11.

Siti Zalina Ahmad pula berjaya meraih pingat emas kedua peribadiny­a pada kejohanan itu selepas berganding­an dengan Auni Fathiah Kamis untuk mengatasi saingan Singapura, Tammy Tham dan Shermeen Lim dengan 18-3.

Pada Jumaat lepas, Siti Zalina memenangi acara perseorang­an wanita iaitu kejuaraan ke- 10 beliau pada kejohanan itu.

Dalam pada itu, gandingan Nur Ain Nabilah Tarmizi, Zuraini Khalid dan Azlina Arshad dalam acara triples wanita terlepas pingat emas selepas tewas 11- 20 kepada pasukan tuan rumah India dalam saingan akhir, manakala pasukan fours lelaki sekadar meraih pingat gangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia