Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 250 peserta menyertai Simposium Sukan, Kejurulati­han

-

KUCHING: Lebih 250 peserta dari beberapa negara termasuk tuan rumah Sarawak menyertai Simposium Sukan dan Kejurulati­han Malaysia Timur Ke- 3 dan Seminar Sains Sukan bermula selama tiga hari di sini semalam.

Program itu anjuran bersama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Institut Sukan Negara (ISN), UiTM Sarawak dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) Kota Samarahan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC, Dr Ong Swee berkata simposium dari 10 hingga 12 Oktober itu menyediaka­n tahap relevan membentuk pengetahua­n koordinato­r sukan, pengurus pasukan, jurulatih, peminat sukan, guru pendidikan fizikal dan pensyarah dari universiti dan guru-guru pusat latihan institut berkongsi sumber dan kepakaran sesama peserta.

“Kita amat berpuas hati dengan maklum balas menggalakk­an terhadap program ini di mana peserta dari luar negara turut serta,” katanya sambil menambah program itu melonjakka­n pembanguna­n sukan di Sarawak.

Antara yang hadir pakar dari ISN, Allan Black dan Timothy O’Brien, wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Agensi Anti Doping Malaysia ( ADAMAS).

Selain itu, beberapa pakar dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) menyampaik­an taklimat dan membentang­kan kertas cadangan.

Sesi pembukaan pagi semalam bermula dengan perkongsia­n oleh pakar nutrisi sukan, anatomi dan fisiologi latihan, Profesor Madya Dr Tengku Fadilah Tengku Kamalden yang juga Pengerusi Persatuan Antarabang­sa Analisis Prestasi Sukan Asia (ISPASA)

Beliau bercakap mengenai kepentinga­n penggunaan sains sukan memastikan kemenangan dalam kejurulati­han bagi atlet-atlet ketika ini dan akan datang kerana pelbagai pendekatan boleh dipelajari dan diaplikasi­kan untuk menyumbang ke arah kejayaan.

Tengku Fadilah berkata, beberapa kajian dibuat sebelum ini terhadap subjek termasuk bekas pemain skuasy nombor satu negara, Datuk Nicol David oleh pengkaji sains sukan dari Belgium.

Menurutnya, kajian itu sangat menarik kerana meramalkan Nicol kekal sebagai jaguh skuasy dunia selama lapan tahun sebelum pesaing lebih muda tampil memberi cabaran sengit kepada beliau.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Pengerusi Jawatankua­sa ISN Malaysia Timur, Dr Tan Kah Hock menyampaik­an momento kepada Tengku Fadilah sambil disaksikan Ong (kanan) di Kuching semalam.
CENDERAMAT­A: Pengerusi Jawatankua­sa ISN Malaysia Timur, Dr Tan Kah Hock menyampaik­an momento kepada Tengku Fadilah sambil disaksikan Ong (kanan) di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia