Utusan Borneo (Sarawak)

LPK UPP Sibu bersedia bekerjasam­a promosi Sukan Air PIBG tahun depan

-

SIBU: Lembaga Perkhidmat­an Komuniti (LPK) Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu sedia bekerjasam­a dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bungan dalam mempromosi­kan Sukan Air PIBG tahun depan.

Pengerusin­ya, Datu Andrew Wong berkata kerjasama itu amat penting agar lebih banyak promosi dapat dilakukan bagi mempromosi­kan sukan air yang memasuki tahun ketiga penganjura­n tahun ini.

“Saya berharap tahun akan datang, kita dapat bekerjsama untuk membuat lebih banyak promosi terutama sekitar bandar Sibu,” katanya ketika merasmikan Sukan Air PIBG SK Kampung Bungan di jeti sekolah, Sabtu lalu.

Hadir sama Timbalan Pengerusi LPK UPP Sibu Andrew Shilling, Guru Besar SK Kampung Bungan Ephrem Ya Bangir, Yang Dipertua PIBG merangkap pengerusi penganjur Angela Samy, Ketua Kampung Bungan Besar Sulaiman Hassim, Ketua Kampung Bungan Kecil, Mohamad Musa Abdullah serta yang lain.

Andrew berkata, ramai golongan muda dari Sibu berminat datang ke Kampung Bungan serta menyaksika­n sukan air khususnya perlumbaan bot laju.

Oleh itu, promosi mengenai Sukan Air PIBG tahun depan perlu dibuat lebih rancak termasuk di bandar Sibu.

“Acara ini amat bagus. Saya dengar ada pelumba dari negara Brunei mengambil bahagian,” katanya yang memandu jetski dari bandar Sibu ke SK Kampung Bungan, Batang Igan.

Sementara Angela dalam ucapannya berkata, Sukan Air PIBG SK Kampung Bungan 2017 memasuki tahun ketiga penganjura­nnya tahun ini.

Katanya, sukan air itu dianjurkan oleh PIBG SK Kampung Bungan dan berjaya menarik penyertaan pelumba dari negara Brunei selain pasukan-pasukan dari kawasan tengah Sarawak.

Acara dipertandi­ngan ialah Tunnel Boat, Sport Boat Fiber, Long Boat Racing, Perahu Panjang Fiber dan Bersaug Perahu Panjang.

Selain itu, acara samping ialah menyumpit dan karaoke untuk remaja dan dewasa.

 ??  ?? SUKAN AIR: Andrew (tengah) melepaskan salah satu acara perlumbaan sempena Sukan Air PIBG SK Kampung Bungan.
SUKAN AIR: Andrew (tengah) melepaskan salah satu acara perlumbaan sempena Sukan Air PIBG SK Kampung Bungan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia