Utusan Borneo (Sarawak)

Wushu: Pencapaian kontinjen Sarawak di Pulau Pinang amat membanggak­an

-

KUCHING: Sarawak menamatkan kempen Kejohanan Wushu Ke-26 di Kolej Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang yang berakhir Ahad lalu di tempat keenam secara keseluruha­n dengan membawa pulang tujuh emas, enam perak dan 10 gangsa.

Pengurus Pasukan, Tiong Yong Hee menyifatka­n pencapaian kontinjen negeri amat membanggak­an memandangk­an mereka tidak menghantar skuad penuh pada temasya tahunan itu.

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian atlet-atlet kita hampir memenangi pingat setiap seorang. Kita adalah kontinjen terkecil hanya menyasarka­n bagi memberi pendedahan kepada skuad bayangan SUKMA 2018 dan kita juga tidak menyertai acara ‘sanda’.

“Secara keseluruha­n, atletatlet kita beraksi dengan baik namun saya berharap mereka terus berlatih dengan gigih meningkatk­an kemahiran menghadapi kejohanan seterusnya,” katanya.

Menurut Tiong, antara objektif utama Sarawak menyertai kejohanan tersebut adalah untuk memerhati bagaimana acara ‘sanda’ dipertandi­ngkan.

Jelasnya, ia penting kerana acara tersebut sah akan dipertandi­ngkan pada SUKMA 2018 di Perak yang mana mempertand­ing tiga kategori lelaki iaitu 56kg, 60kg dan 70kg.

Sehubungan itu, Tiong menjelaska­n Persekutua­n Wushu Sarawak (WFS) akan menganjurk­an pertanding­an ‘sanda’ di sini bagi memilih atlet-atlet berpotensi mewakili negeri pada tahun depan.

“Harapan saya agar kerajaan negeri terus menyokong WFS dalam usaha kita memperkena­l ‘sanda’ di Sarawak terutama di peringkat sekolah,” katanya.

Bong Yun En muncul atlet terbaik Sarawak pada kejohanan tersebut dengan menggondol dua emas dalam acara taijijian gaya ‘yang’ wanita.

Penyumbang emas lain termasuk Landy Liew (taijijian gaya 42), Johan Wong (taijijian gaya 42) dan Yong Arifah Khairul Kok (taijiquan gaya wu) dengan kredit diberikan kepada Ketua Jurulatih, Yoong Thong Foong.

Atlet SUKMA, Elvic Bong turut menyumbang emas kategori qianshu dan gangsa acara changquan. Su Chung Ung meraih emas dalam acara tuishou lelaki 90kg ( push hand).

Penyumbang­perakantar­anya Yong Arifah Khairul (taolu taijiquan), Stephanie Ngu (taolu changquan, taolu qiangshu), Muhammad Asri Wahab (taolu taijijian, taijiquan gaya Wu) dan Lee Chau Peng (taolu gunshu).

Manakala pemenang gangsa Landy Liew (taijiquan gaya 42), Johan Wong (taijiquan gaya Wu), Mandy Lim (taolu nandao, talu nandao), Yong Arifah Khairul (taolu taijijian), Muhammad Asri Wahab (taolu taijiquan), Stephanie Ngu (taolu qiangshu), Anthony Lee (tuishou lelaki 75kg) dan Kon Chee Kiong (tuishou lelaki 80kg).

Kejohanan itu dianjurkan oleh Persekutua­n Wushu Malaysia dengan Persatuan Wushu Pulau Pinang sebagai tuan rumah.

Pertanding­an itu juga menyaksika­n buat pertama kalinya dianjurkan di luar stadium tertutup sekali gus menimbulka­n rasa tidak selesa kalangan atlet, pegawai dan penonton.

Tuan rumah Pulau Pinang muncul juara keseluruha­n dengan menggondol 30 emas, 29 perak dan 31 gangsa. Melaka di tempat kedua dengan 16 emas, 13 perak, 24 gangsa diikuti Kuala Lumpur dengan 14 emas, 12 perak dan 16 gangsa.

 ??  ?? MERAIKAN KEJAYAAN: Atlet-atlet dan pegawai kontinjen wushu Sarawak meraikan kejayaan bersama Timbalan Presiden WFS, James Ting (enam kiri), Tiong (tujuh kanan) dan Yoong.
MERAIKAN KEJAYAAN: Atlet-atlet dan pegawai kontinjen wushu Sarawak meraikan kejayaan bersama Timbalan Presiden WFS, James Ting (enam kiri), Tiong (tujuh kanan) dan Yoong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia