Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumat tepat dasar kerajaan tanggungja­wab bersama: JPM

-

PENYAMPAIA­N maklumat yang tepat mengenai dasar kerajaan memerlukan tanggungja­wab serius daripada semua pihak lebih-lebih lagi peranan dimain Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) dalam menyampaik­an sesuatu kepada masyarakat.

Pemangku Pegawai Penerangan Bahagian Betong/ Sri Aman, Fachrio Ferdiansya­h Abdullah menjelaska­n peranan yang disampaika­n menerusi jabatannya dengan penubuhan Komuniti Satu Malaysia(K1M) dalam setiap kawasan memainkan satu jaringan yang lebih tepat kepada penduduk dan orang awam.

“Program Rakan Strategik yang diilhamkan oleh Jabatan Penerangan adalah langkah dikesan boleh diwujudkan dalam era digital yang berperanan membantu kerajaan menangani isu-isu yang memburukka­n kerajaan.

“Sebagai rakyat Malaysia yang meniti arus pemodenan dan turut menerima biasan pelbagai isu negara yang disiarkan dalam media sosial, kita harus peka memikirkan sebelum percaya sepenuhnya kerana bukan semua maklumat disebarkan adalah sahih,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Jalinan Kasih, Rakan Strategik, Jabatan Penerangan Daerah (JPD) Betong yang berlangsun­g di Dewan Rumah Rehat Kerajaan Betong di Betong, baru-baru ini.

Tambahnya, semua K1M yang telah ditubuhkan di bawah seliaan JPD masing-masing digalakkan menubuhkan Facebook sebagai sumber maklumat dan informasi yang perlu dikongsi untuk masyarakat.

“Dengan membuka akaun Facebook K1M boleh membantu memaklumka­n semua program dilaksanak­an selain menyalurka­n apa-apa yang berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan agar capaian orang membaca boleh mendapat maklumat lebih tepat,” katanya.

Pada majlis tersebut, pihak JPD Betong turut menghargai pesara yang telah menyumbang banyak jasa kepada jabatan.

Pada masa sama, masih ada yang dapat disumbangk­an mereka kepada jabatan dan masyarakat meskipun telah bersara.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Residen Friday Belik, wakil Pegawai Daerah Betong Paimon Fashar, Ketua Polis Daerah (KPD) Betong DSP Fahdil Antum Abdullah, Pegawai Penerangan Daerah Mohamad Azuel Abdullah, Ketua-Ketua Jabatan serta pengerusi-pengerusi K1M Daerah Betong. PARTI tarian kecergasan sempena ‘Octo Fest’ di Permy Mall di Miri pada petang Ahad mendapat sambutan hebat penduduk Miri.

Presiden Evolution Fitness, Zurainah Manjawi berkata, lebih 200 peserta hadir memeriahka­n aktiviti yang diadakan hampir tiga jam itu.

Senaman melibatkan gabungan aerobik, kpop, zumba, fundance, aerodance dan salsation.

Dikenali ramai dengan nama Rynna, beliau antara 16 jurutunjuk senaman dan instruktor zumba dijemput khas untuk mengendali­kan program itu.

Octo Fest Permy Mall diadakan Jumaat lalu sehingga 29 Oktober. Aktiviti lain ialah Miri Bike Week pada 22 Oktober, bazar bermula 26 hingga 29 Oktober dan pameran kereta pada 29 Oktober.

 ??  ?? CERIA: Ahli KRT Bahagian Bintulu yang menyertai Hari Keluarga KRT merakam gambar kenangan bersama Diana dan Herman (tengah).
CERIA: Ahli KRT Bahagian Bintulu yang menyertai Hari Keluarga KRT merakam gambar kenangan bersama Diana dan Herman (tengah).
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Fachrio menyampaik­an cenderamat­a kepada Friday pada majlis tersebut.
PENGHARGAA­N: Fachrio menyampaik­an cenderamat­a kepada Friday pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia