Utusan Borneo (Sarawak)

Dalam ‘Dia’ di TV3 mulai 14 Okt

-

DRAMA yang ditunggu-tunggu yang menggandin­gkan barisan pelakon hebat dari dua negara seperti Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah dan Adi Putra berjudul ‘Dia’ bakal menemui penonton setia TV3 mulai 14 Oktober 2017 ini.

Telenovela 60 episod ini menyaksika­n gandingan harmoni kru produksi dari Malaysia dan Indonesia, di mana 20 hingga 30 peratus penggambar­an drama bersiri ini telah dijalankan di Jakarta.

Di tanah air, drama ini merupakan arahan saudara Eoon Shuhaini di bawah terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd, manakala di negara jiran pula, pengarahan dilakukan oleh sutradara Omar Olly Alaydrus dari Limelight Pictures.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, penggambar­an drama ini telah mengambil masa selama enam bulan untuk dilakukan.

“Ini merupakan kali pertama TV3 berkolabor­asi dengan syarikat produksi dari Indonesia untuk menghasilk­an drama istimewa berjudul ‘Dia’. Sudah pastinya ramai peminat merindui lakonan hebat ‘Pencinta Wanita’ dari seberang iaitu Irwansyah, yang sudah lama tidak beraksi di kaca televisyen.

“Kisah cinta tiga segi yang mempertaru­hkan nama-nama besar seperti Janna Nick, Izara Aishah dan Adi Putra bukan sahaja dapat memenuhi citarasa penonton, malahan kami yakin telenovela ini juga mampu membeli jiwa peminat drama Malaysia. Jadi, Dia merupakan buah tangan daripada TV3 yang tidak harus anda ketinggala­n!,” katanya.

Bagi penggemar novel dan puisi, novel ‘Dia’ hasil nukilan novelis terbaik Anugerah Buku Negara 2017, Umie Nadzimah, dan juga buku ‘Dia & Cinta’ yang merupakan kompilasi ayat-ayat cinta ditulis oleh Fedtri Yahya kini boleh didapati di kedai buku MPH dan Popular di Pusat Beli Belah One Utama.

Kedua-dua novel dan buku yang diterbitka­n oleh Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. itu akan dipasarkan di seluruh Malaysia pada hujung bulan Oktober ini.

Selain itu, demam ‘Dia’ turut dirancakka­n lagi dengan kolaborasi TV3 dengan Tealive, untuk memperkena­lkan dua minuman istimewa yang diilhamkan daripada drama ini iaitu ‘Aku’ dan ‘Dia’. Kedua-dua minuman ini boleh dinikmati oleh peminat telenovela Dia di 112 buah cawangan Tealive di seluruh Malaysia mulai 14 Oktober ini.

Penuh dengan kisah cinta dan konflik, drama bersiri ini akan menemui para penonton di TV3 pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam.

Selain Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah dan Adi Putra, ‘Dia’ turut dibintangi oleh Zamarul Hisham, Aleza Shadan, adik Sandrinna Michelle Skornicki, Emma Maembong, Kevin

 ??  ??
 ??  ?? JANNA NICK
JANNA NICK
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia