Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk kecewa LRA Sungai Intan tidak berfungsi

Loji RM48 juta kurang punca air, pam hanya sedut angin

-

SEMPORNA: Projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Intan di sini yang siap pada tahun lepas dan sepatutnya membekalka­n sumber air kepada kira-kira 1,800 penduduk di Kampung Sungai Intan dan kawasan sekitar tidak dapat dimanfaatk­an sehingga ke hari ini.

Anggota Jawatankua­sa Kampung Sungai Intan, Yusrie Yusup berkata penduduk kampung cukup kecewa apabila projek bekalan air luar bandar (BALB) yang dibina Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 2013 itu gagal memberi manfaat kepada masyarakat.

“Kita tahu Semporna ini mempunyai masalah bekalan air bersih sejak dahulu dan sepatutnya projek yang dibina ini boleh dinikmati penduduk Sungai Intan, Sungai Tohok sehingga ke kawasan Senallang dan Bugaya, namun apa yang dilihat projek ini tidak berfungsi meskipun telah siap dan saya harap projek ini tidak menjadi projek gajah putih sahaja,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama 30 penduduk kampung yang turut meninjau kawasan LRA Sungai Intan yang tidak berfungsi kerana kekurangan punca air.

Menurutnya, sebelum projek itu dilaksanak­an satu kajian perlu dijalankan bagi memastikan kawasan tersebut bersesuaia­n untuk loji rawatan air dibangunka­n.

Seorang lagi penduduk, Mohd Risa, 63, turut kecewa apabila projek LRA Sungai Intan yang kononnya dapat mengatasi masalah bekalan air di Semporna mulai tahun lalu itu rupanya indah khabar dari rupa kerana loji itu langsung tidak berfungsi.

“Namun saya bersyukur kerana kerajaan Sabah telah membina sebuah lagi LRA Sungai Kalumpang dan dijangka siap pada 2018 untuk memenuhi keperluan air penduduk di sini sekali gus jika siap projek baharu ini airnya juga dapat disalurkan ke LRA Sungai Intan,” katanya dan menambah projek Sungai Kalumpang itu dapat mengelakka­n LRA Sungai Intan terus menjadi projek gajah putih.

Sejak tahun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban lantang menyuaraka­n kekecewaan apabila projek LRA Sungai Intan bernilai RM48 juta itu tidak berfungsi ekoran kekurangan punca air dan pam hanya menyedut angin.

Di samping itu katanya, bahan projek juga tidak mencapai kualiti yang sepatutnya.

Ramlee ketika dihubungi semalam berkata projek itu sepatutnya dilaksanak­an selepas kajian terperinci dilakukan memandangk­an punca air adalah melalui sungai kecil berdekatan dan dikeliling­i pokok sawit.

Sebelum ini, penduduk di Kampung Sungai Intan dimaklumka­n projek LRA Sungai Intan itu dapat mengatasi masalah air di daerah berkenaan dengan menampung penggunaan 6 juta liter padu air bagi penduduk setempat. — Bernama

 ??  ?? SIMBOLIK: Asmin (kanan) menyampaik­an cenderahat­i berupa hasil pertanian kepada Ewon.
SIMBOLIK: Asmin (kanan) menyampaik­an cenderahat­i berupa hasil pertanian kepada Ewon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia