Utusan Borneo (Sarawak)

Tanam pokok mampu hasilkan pendapatan lumayan: Ewon

-

RANAU: Masyarakat digesa supaya menanam pokok yang boleh memberikan hasil lumayan apabila ia matang nanti.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata, memandangk­an harga buahbuahan seperti durian, langsat, rambutan, tarap dan sebagainya semakin meningkat, ada baiknya masyarakat yang tinggal di tempat sesuai dengan cuaca buah-buahan itu supaya menanamnya walaupun hanya untuk kegunaan sendiri.

Bagi mereka yang mempunyai tanah luas, peluang itu pasti akan memberikan pendapatan sangat lumayan apabila buahbuahan yang ditanam itu mula mengeluark­an hasil selepas lima tahun.

“Kita tidak perlu risau tentang pasaran hasil sebab selain pelanggan tempatan, kehadiran pelancong luar yang begitu ramai setiap tahun terutamany­a dari negara China, Korea, Jepun, Taiwan dan sebagainya pasti akan menjadi pelanggan utama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpuna­n Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Dewan Mini Kampung Tungou, kira-kira 25 kilometer dari pekan.

Menurut beliau, pelancong yang datang biasanya tidak mengendahk­an sangat tentang harga yang peniaga kenakan kepada setiap buah-buahan itu asalkan keinginan mereka untuk memakannya tertunai.

Ewon berkata, walaupun harga durian musang king mencecah RM200 sekilogram dan harga buah tarap mencecah RM15 sebiji, ia tidak menjadi masalah bagi penjual untuk melariskan jualan mereka.

“Bayangkan kalau kita mempunyai ladang durian musang king seluas lima ekar atau kita dapat menjual buah tarap sebanyak 100 biji sehari pada harga seperti itu, sudah pasti akan meningkatk­an ekonomi keluarga kita,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi JKKK Asmin Nasir berkata majlis pada hari itu sengaja dihias dengan bibit pokok langsat dukung sebagai kempen untuk menanam buah- buahan di kampung berkenaan.

Katanya, Hari Kebangsaan sebenarnya bukan hanya sekadar diraikan berdasarka­n pada tarikh semata-mata tetapi semangat sambutan itu perlu diraikan sepanjang masa dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Sempena majlis itu, pelbagai acara telah diadakan termasukla­h cabutan tiket bertuah, deklamasi sajak, pertanding­an pakaian menggunaka­n bendera kebangsaan, persembaha­n tarian tradisi, karaoke, sukan rakyat, bola sepak dan sebagainya.

Sementara itu, Ewon meminta supaya rakyat Ranau dan Sabah amnya terus memelihara perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan fahaman kerana perpaduan adalah asas kepada keharmonia­n serta kesejahter­aan yang kekal.

Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin setempat.

 ??  ?? CARI WARIS: Bayi lelaki berusia lingkungan dua bulan ini ditinggalk­an kepada sepasang suami isteri.
CARI WARIS: Bayi lelaki berusia lingkungan dua bulan ini ditinggalk­an kepada sepasang suami isteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia