Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaat fotografi promosi Sabah destinasi pelanconga­n

-

TAWAU: Kelebihan medium fotografi sebagai ejen mempromosi­kan kecantikan alam semula jadi perlu dimanfaatk­an ke arah mewarwarka­n Sabah sebagai destinasi pelanconga­n yang kaya dengan flora dan fauna.

Jurucakap Jawatankua­sa Bertindak Hijau Tawau (GTAC) Dr Wong Jia Lih berkata, usaha perlu diambil untuk memastikan kecantikan alam semula jadi di negeri ini dilindungi.

”Khususnya, untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmati keindahan khazanah alam semula jadi dan pada masa sama menarik kehadiran pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Pertanding­an Fotografi bertemakan ‘Kecantikan Semulajadi Sabah’, di sini pada Isnin.

Beliau percaya fotografi antara kaedah terbaik meningkatk­an kesedaran komuniti terhadap kepentinga­n usaha melindungi alam semula jadi negeri ini.

“Sektor pelanconga­n antara nadi utama ekonomi Sabah, jika kita gagal melindungi khazanah alam, sudah tentu sektor ini tenggelam dan kita akan kehilangan warisan yang tidak boleh dicari balik,” katanya.

Menyentuh pertanding­an yang dianjurkan pula, Wong berkata pertanding­an itu melibatkan 32 jurugambar yang datang dari sekitar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Pertanding­an berkenaan dianjurkan oleh Tawau Photograph­ic Society (TPS) dan GTAC yang melibatkan tiga kategori iaitu Hidupan liar, Alam Semulajadi dan Pemandanga­n.

“Pertanding­an sebegini mampu menterjema­hkan penghargaa­n masyarakat terhadap kecantikan alam semulajadi yang wujud di negeri ini sekaligus menarik pelancong.

“Gambar- gambar yang dirakamkan, mendedahka­n keindahan alam semula jadi kepada kita secara dekat dan mampu memberikan impaknya secara tidak langsung,” katanya.

Beliau berkata, Sabah sememangny­a berupaya menarik kehadiran pelancong lebih-lebih lagi dengan adanya penerbanga­n tambang murah dan pelbagai kemudahan infrastruk­tur.

“Antara tarikan di negeri ini yang bertaraf dunia, termasukla­h Pulau Sipadan dan Maliau Basin yang boleh dipromosik­an sebagai satu pakej pelanconga­n yang menarik,” katanya.

Dalam hal berkaitan, Wong berkata GTAC turut berusaha mempromosi­kan usaha menghijauk­an Tawau menerusi program penanaman pokok bersama pelbagai pihak.

“GTAC yang diketuai Larry Koh @Rahim Abdullah setakat ini sudahpun berjaya mengadakan program menanam sehingga lebih 6,000 pokok semenjak 2012,” katanya.

 ??  ?? EJEN PROMOSI: Larry (kanan) menerangka­n sesuatu kepada Pengerusi TPS Ho Lee Ngiew (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh Wong (dua kanan).
EJEN PROMOSI: Larry (kanan) menerangka­n sesuatu kepada Pengerusi TPS Ho Lee Ngiew (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh Wong (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia