Utusan Borneo (Sarawak)

Kesan waris bayi lelaki ditinggalk­an

-

KINABATANG­AN: Pejabat Perkhidmat­an Kebajikan Am Daerah Kota Kinabatang­an sedang mengesan keluarga atau waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalk­an.

Pelindung Asmad Nasir berkata, pihaknya kini sedang menjalanka­n siasatan berhubung bayi berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal daripada temu duga yang dijalankan, pengadu memaklumka­n ketika itu dia dan isteri berada dalam rumah sedang bermain-main dengan anak kandung mereka.

“Ketika itu, pengadu didatangi seorang lelaki berumur dalam lingkungan 35 tahun bersama seorang bayi lelaki berusia dalam lingkungan dua bulan.

“Lelaki itu dalam keadaan sedih dan kebingunga­n di hadapan pintu rumah pengadu sambil mengendong bayi terbabit,” katanya.

Menurut Asmad, lelaki berkenaan mengaku bapa kandung kepada bayi terbabit dan memaklumka­n ibu kandung bayi itu telah meninggal dunia.

Katanya, lelaki itu meminta pengadu memegang bayi itu sebentar dan pada masa yang sama, anak kandung pengadu menjatuhka­n barang. Namun sebaik selesai, pengadu menoleh dan mendapati lelaki itu sudah tiada di hadapan pintu rumah.

Beliau berkata, pengadu dan isteri kemudianny­a membawa bayi itu masuk ke dalam rumah dan telah membuat laporan polis pada 4 Ogos 2017 setelah dinasihatk­an berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau meminta waris atau sesiapa yang mengenali bayi berkenaan agar tampil membantu siasatan.

Asmad berkata untuk sebarang maklumat, boleh menghubung­i beliau di Pejabat Kebajikan Am Daerah Kinabatang­an atau melalui talian 089-561873.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia