Utusan Borneo (Sarawak)

Polis berkas dua pengedar, rampas syabu bernilai RM55,000

-

SANDAKAN: Polis merampas 550.8 gram syabu bernilai kira-kira RM55,000 dan menangkap dua warga asing yang dipercayai pengedar dadah dalam dua serbuan berasingan di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata dalam serbuan pertama di perkampung­an setinggan TB Ward pada 1.45 petang, polis menahan seorang lelaki Filipina berusia 34 tahun dan merampas syabu seberat 50.4 gram.

Syabu yang dianggar bernilai RM5,000 itu di’percayai untuk diedarkan di sekitar Batu 2 dan Batu 3 di sini, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata serbuan kedua dilakukan di perhentian bas Bandar Leila pada 4.35 petang dan polis memberkas seorang wanita berusia 50 tahun yang memegang Kad IMM 13.

Pemeriksaa­n ke atas suspek menemukan 10 peket lut sinar mengandung­i dadah jenis sya- bu seberat 500.4 gram bernilai RM50,000, katanya.

Beliau berkata dadah terbabit dipercayai untuk pasaran Bandar Leia.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Azhar turut berterima kasih kepada orang ramai yang menyalurka­n maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkap­nya kedua-dua suspek pengedar itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia