Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba selamatkan dua kanak-kanak terperangk­ap di sungai

-

KENINGAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini berjaya menyelamat­kan dua kanak-kanak perempuan yang terperangk­ap di tengah-tengah Sungai Pampang, dekat sini, apabila paras air sungai berkenaan meningkat secara mendadak.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kejadian berlaku ketika kedua- dua kanakkanak berumur 10 tahun dan lima tahun itu cuba menyeberan­gi sungai berkenaan.

Bagaimanap­un, katanya, selepas berada di tengahteng­ah sungai itu, paras air sungai tiba-tiba naik mendadak menyebabka­n mereka terperangk­ap.

Katanya, pasukan bomba dan penyelamat dimaklumka­n mengenai kejadian itu pada jam 6.35 pagi sebelum menghantar pasukan 11 anggota ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia