Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan pertimbang benarkan 100% pekerja asing bagi syarikat eksport

Ada permohonan dibuat kerana syarikat mengalami kekurangan pekerja

-

KULAI: Kerajaan sedang mempertimb­angkan untuk membenarka­n pengambila­n 100 peratus pekerja asing oleh syarikat yang menjalanka­n aktiviti eksport bagi segmen pengeluara­n supaya mereka dapat memenuhi permintaan semasa dan masa hadapan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bagi syarikat yang berdaya saing, penambahan kapasiti pengeluara­n sentiasa diperlukan untuk mereka memperting­katkan daya saing di peringkat global.

“Saya rasa syarikat seperti ini wajar dibantu untuk menaikkan lagi taraf mereka sebagai juara bukan sahaja di peringkat Malaysia malah di peringkat antarabang­sa,” katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat V.S Industry Bhd di Kawasan Perindustr­ian Senai, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ter- dapat permohonan daripada syarikat yang menjalanka­n eksport termasuk V.S Industry untuk mengambil pekerja asing bagi memenuhi tempahan dan permintaan pelanggan.

Permohonan itu berikutan syarikat terbabit mengalami kekurangan pekerja.

Nur Jazlan berkata bagaimanap­un, permohonan berkenaan perlu dibuat kepada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) memandangk­an syarikat adalah tertakluk di bawah kementeria­n tersebut.

“Syarikat (yang menjalanka­n aktiviti pembuatan atau pengeluara­n untuk eksport) tertakluk di bawah MITI. Kalau MITI dah buat penilaian dan telah bersetuju dengan keperluan (syarikat) tersebut, maka Kementeria­n Dalam Negeri akan akur,” katanya.

Bagaimanap­un, Nur Jazlan berkata pada masa yang sama, syarikat berkenaan perlu memastikan kuota pekerja tempatan turut diisi di segmen lain, seperti di pentadbira­n, teknikal dan sebagainya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif V.S Industry, Ng Yong Kang berkata pihaknya memerlukan jumlah pekerja dua kali ganda daripada kapasiti sekarang dengan 6,000 pekerja bagi segmen pengeluara­n pada masa akan datang.

Pada masa ini, syarikat itu mempunyai 8,000 pekerja.

Beliau berkata, syarikat dijangka meningkatk­an lagi kapasiti pengeluara­n iaitu sebanyak 30 peratus apabila kilang baharu di Senai mula beroperasi pada suku pertama 2018. — Bernama SIBU: Majlis penyampaia­n hadiah cabutan bertuah Sarawak House Shopping Complex (SHSC) 2017 Anniversar­y Celebratio­n diadakan pada 12 Oktober ini, jam 3 petang di tingkat bawah SHSC.

Pemenang hadiah utama iaitu sebuah motosikal Modenas MR1 100 dimenangi oleh Choo Siong Wei dari Kota Samarahan.

Hadiah tempat kedua berupa iPad Mini 4 dimenangi oleh Chong Nyuk Thong dan Lasme Lingoh.

Basikal bukit Polygon Premier 3.0 dimenangi oleh Syendra Sigun dari Kanowit, sementara Ling Siong Long memenangi komputer riba ASUS T101H-AGR008T.

Hadiah kelima berupa perakam video Sony HDRCX405 dimenangi Linda Taun dan Mohammad Sabaruddin.

Muhamad Arif Ahmad memenangi hadiah penyaman udara mudah alih Kainon sementara Roshita Sauni memenangi penyaman udara Panasonic.

Telefon pintar Vivo Y35 dimenangi Ling Ho Meng sementara Tang Siew Cheng memenangi telefon pintar Oppo A37.

Harry Luing Stanley dan Law Chew Mio masingmasi­ng memenangi 4K Wifi Action Camera sementara Nor Hidayah Sibei dan Chia Mee Chuo memenangi Asus Zenfone 5”.

Empat pemenang kamera digital Canon Ixus 185 ialah Sijemat, Shirley Chan, Joanis Dana dan Elaine Ting.

Veronika Jawang memenangi Huawei Ascend Y221 sementara Jonathan Modars memenangi sehelai baju batik.

Kong Chek Yung memenangi C Shape Floating Globe. Tan Ching Mieng, Norlisa, Sunanda Nagori dan Rosnani Abang Kudus masing-masing memenangi sebuah Sharp Microwave.

Awang Zulfakar Nasiruddin dan Rosenani Lolt menerima Wella Hair Lotion sementara Ngu Yien Ping dan Nicholas Nyadang memenangi Sun Global Portable Power Bank. Ling Mee Yieng dan Mok Jimba memenangi 3D Puzzle.

Pemenang dua baucar tunai Tokyo Time bernilai RM30 setiap satu terdiri Satik Imba, Bawang Aron, Chia Chin Seng, Zainal, Wong Mee Ing, Lydia Tuan, Diana Nyalu, Connie Lidi, Burmaman dan Timothy Sute.

Ting Chung Hock, Emylia Nyareng, Liong Siaw Foh, Awin Bajeng, Berauh dan Abu Kassim Ramli memenangi baucar tunai Lea Centre bernilai RM50.

Pemenang lima baucar tunai Premier Department Store bernilai RM10 setiap satu terdiri Matius Samat, Jacyln Buradah, Liew Chau Bun dan Ribka Kasing. Hendrew Kim Lon dan Melathy Mabong pula memenangi baucar kek keju Bamboo House.

Baucar tunai RM30 Vision View dimenangi Andrew Chan, Ho Ew Teck, Lau King Na, Molia Sebi Dingga, Ensingan Uyu, Yii Ching Hui dan Norizan Mohd.

Mohd Hasraf Hamzah, Shemah Ramli, Tan Nguang Hui, Jane Michile Senia, Nurfadlin Salim, Branson Ting, Dara Tamin Bir, Sura Bunyau, Balie Jelian dan Khairul Shahril Khairuddin masing-masing menenangi dua baucar tunai BxEST bernilai RM10 setiap satu.

Sehubungan itu, SHSC menjemput semua pemenang hadir pada majlis penyampaia­n hadiah hari itu nanti.

Peraduan cabutan bertuah SHSC 2017 Anniversar­y Celebratio­n berlangsun­g dari 9 September hingga 8 Oktober lalu dengan sambutan menggalakk­an daripada pelanggan.

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT TINJAUAN: Nur Jazlan (tiga kanan) beramah mesra dengan pekerja kilang V.S Industry Berhad ketika melawat kilang itu di Senai, Kulai semalam. Turut hadir Pengarah Urusan V.S Industry Datuk Gan Sem Yam (dua kanan).
— Gambar Bernama BUAT TINJAUAN: Nur Jazlan (tiga kanan) beramah mesra dengan pekerja kilang V.S Industry Berhad ketika melawat kilang itu di Senai, Kulai semalam. Turut hadir Pengarah Urusan V.S Industry Datuk Gan Sem Yam (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia