Utusan Borneo (Sarawak)

AXA Affin Life menyasarka­n tarik lebih ramai pelanggan

-

SIBU: AXA Affin Life menyasarka­n menarik lebih ramai pelanggan selari dengan kadar penembusan insurans hayat sebanyak 75 peratus menjelang 2020 diperkenal­kan Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Pengedaran dan Pegawai Pemasarann­ya, Emmanuel Whery berkata ketika ini pembukaan serta penempatan semula cawanganny­a di sini hanya berjaya menarik 54 hingga 56 peratus sahaja.

“Ia adalah tanggungja­wab kami sebagai penanggung insurans menarik seramai mungkin pelanggan melalui pelbagai saluran pengedaran terutamany­a agensi kami bagi memastikan pelanggan kami di sini memahami keperluan produk dan insurans secara keseluruha­n,” katanya di sini semalam.

Mengenai cawanganny­a di sini, beliau menjelaska­n pusat khidmat pelanggann­ya merupakan penyelesai­an sehenti memenuhi keperluan pelanggan sama ada insurans am atau hayat.

Emmanuel yakin cawanganny­a itu meningkatk­an keyakinan pelanggann­ya terhadap perkhidmat­an dan produk mereka selain sebagai pusat sehenti mampu menjimatka­n masa menunggu.

Sementara itu, Pengarah Pembanguna­n Agensi Kanan (SADD) Kenneth Chu menyifatka­n pembukaan cawanganny­a di sini positif terhadap perniagann­ya semakin berkembang, mantap dan kuat.

Turut hadir Ketua Pegawai Agensi Evon Tan, Pengarah Latihan Lee Sook Fern, Pengurus Agensi, Anna Lee dan Pengarah Pembanguna­n Agensi, Nathan Wong.

 ??  ?? RASMI: (Dari kiri) Anna, Nathan, Emmanuel, Evon dan Kenneth memotong reben bagi merasmikan pembukaan cawangan baharu AXA Affin Life di Sibu semalam.
RASMI: (Dari kiri) Anna, Nathan, Emmanuel, Evon dan Kenneth memotong reben bagi merasmikan pembukaan cawangan baharu AXA Affin Life di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia