Utusan Borneo (Sarawak)

Pemulihan ekonomi global beri manfaat kepada M’sia

Pasaran domestik disokong dasar kewangan yang mencukupi

-

KUALA LUMPUR: RHB Research Institute Sdn Bhd mengekalka­n saranan ‘beli’ terhadap Serba Dinamik Holdings Bhd selepas anak syarikat milik penuhnya, Serba Dinamik Internatio­nal Ltd, menandatan­gani perjanjian usaha sama dengan Junaco (T) Ltd bagi membina dan mengendali­kan kilang Chlorine Skid Mounted Chlor-Alkali dengan kapasiti 45 tan metrik sehari di Tanzania.

Junaco Group merupakan syarikat Tanzania yang mengkhusus dalam penyelesai­an air.

Dalam nota penyelidik­annya hari ini, RHB Research berkata Serba Dinamik dijangka diberikan kontrak bagi kerja kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC) untuk pembinaan kilang tersebut yang bernilai AS$69.8 juta (AS$1 = RM4.22).

“Selain daripada kontrak EPCC, syarikat juga akan dilantik sebagai pengendali operasi dan penyelengg­araan (O&M) kilang bagi tempoh 10 tahun serta tambahan lima tahun,” katanya.

Firma penyelidik­an itu berkata dengan kejayaan memperoleh EPCC, kontrak dalam tangan Serba Dinamik kini melonjak kepada RM5.2 bilion.

Setakat ini tahun ini, katanya, syarikat telah memperoleh kira-kira RM1.2 bilion nilai kontrak dalam segmen O&M dan EPCC.

“Kami kekal positif terhadap Serba Dinamik memandangk­an ia terus mendapatka­n kontrak-kontrak baru O&M dan EPCC.

“Perjanjian usaha sama baharu itu seiring dengan strategi Serba Dinamik dalam memperoleh pegangan dalam aset, mendapatka­n kontrak EPCC serta menjadi penyedia perkhidmat­an O&M,” kata RHB Research.

RHB Research mengekalka­n saranan ‘beli’ dan menyemak semula harga sasarannya bagi syarikat kepada RM3.10. — Bernama KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam kedudukan baik untuk mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi global, ketika pasaran domestik disokong dasar kewangan yang mencukupi serta bank pusat yang mantap mengemudi pelbagai perubahan yang dihadapi pasaran, kata Naib Presiden dan Pengarah Pelaburan Wellington Management Singapore Pte Ltd, Andrew Sharp-Paul.

“Malaysia adalah komponen kecil Dana Fokus Pendapatan Global Bersatu (UGIFF) dan bagi pasaran itu, kami akan terus berada dalam pasaran ekuiti kerana ia adalah lebih baik,” katanya ketika ditanya mengenai kelas aset tempatan yang menarik kepada syarikat tersebut.

Beliau berkata demikian pada pelancaran dana pelbagai aset, UGIFF, yang diuruskan oleh Wellington Management.

Dana itu akan melabur minimum 90 peratus daripada nilai aset bersihnya dalam Dana Fokus Pendapatan Bersatu yang diuruskan UOB Asset Management Ltd di Singapura.

Sharp-Paul berkata, tindakan seterusnya oleh Rizab Persekutua­n AS dalam menyemak semula kadar faedah, sama dengan tindakan Bank Pusat Eropah dan diikuti Bank Pusat Jepun, menunjukka­n ekonomi global berada dalam mod pemulihan.

“Malaysia akan mendapat manfaat daripada tindakan tersebut,” katanya.

Mengenai sektor yang akan diberi tumpuan, beliau berkata, Wellington Management yakin dengan sektor kewangan kerana ia boleh berkembang sendiri dan pertumbuha­n kewangan AS juga berada dalam kedudukan baik di samping globalisas­i dalam dasar kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Asset Management (Malaysia) Bhd, Lim Suet Ling berkata, pelabur bimbang mengenai kesan daripada keputusan dasar kewangan ini dan menjangka peningkata­n dalam kemeruapan.

“Risiko geopolitik yang berlarutan dan dasar perlindung­an perdaganga­n AS menambahka­n lagi ketidakten­tuan dalam pasaran kewangan. Kami percaya, adalah bijak untuk bersedia mengambil pendirian yang lebih berhati-hati sekiranya risiko pasaran meningkat,” katanya.

Mengenai prestasi pasaran ekuiti tempatan, Lim berkata, kebanyakan pasaran ekuiti global berada dalam mod pengukuhan dan Malaysia juga tidak terkecuali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia