Utusan Borneo (Sarawak)

FDI UK ke Malaysia dalam sektor teknologi akan tumbuh lebih kukuh

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai potensi untuk menerima pelaburan lebih RM270 juta dalam sektor teknologi dari United Kingdom (UK) dalam tempoh 15 bulan akan datang.

Pesuruhjay­a Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell yakin aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) UK ke Malaysia, terutama sektor teknologi dapat dikekal atau tumbuh lebih kukuh daripada tahun lepas.

“Dengan semua kerja yang kami sedang lakukan dengan Misi Teknologi Mega UK di sini, dalam 15 bulan akan datang sudah pasti akan menghasilk­an sama banyak, jika tidak lebih,” katanya pada sidang akhbar di Pameran Misi Teknologi Mega UK di sini, kelmarin.

Treadell berkata, 800 perjumpaan perniagaan ke perniagaan (B2B) antara 42 syarikat dari Britain dan institusi dan organisasi Malaysia yang berminat bertemu mereka, sudah pun diatur.

Sehingga 1,000 perjumpaan B2B telah dijadual dalam tem- poh lawatan tiga hari di ibu negara dan juga Johor.

Menurutnya, sektor teknologi adalah satu daripada komponen penting dalam rundingan perjanjian perdaganga­n bebas yang dikemukaka­n Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Malaysia dan garis panduan itu dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Dua kerjasama strategik itu diumum hari ini selepas ketibaan Misi Teknologi Mega UK, terdiri daripada 42 syarikat teknologi UK, iaitu delegasi teknologi UK terbesar yang pernah melawat Malaysia.

Kerjasama pertama daripada dua kerjasama strategik yang diumum telah dibentuk oleh Action Starter dari UK dan CAS Analytics (Malaysia) Sdn Bhd bagi mengintegr­asikan kedua-dua platform syarikat untuk menghasilk­an penyelesai­an digital, membolehka­n pencari kerja, pembuat dasar dan pendidik menangani isu pekerjaan, latihan dan pembanguna­n.

Kerjasama kedua diben- tuk oleh Kino-mo dari UK dan People n Rich Holdings Sdn Bhd, bagi mempromosi penggunaan inovasi teknologi pengiklana­n baharu melalui pengenalan dan pengedaran ‘ Hypervsn’ di Malaysia. ‘ Hypervsn’ yang pernah memenangi anugerah adalah penyelesai­an perancanga­n media untuk mewujud, memapar dan mengurus kandungan 3D.

Misi Teknologi Mega diterajui Jabatan Perdaganga­n Antarabang­sa UK dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pusat Pelaburan Negeri Johor serta Global Business Services Iskandar, satu program diuruskan i2M Ventures Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd

Penasihat Teknologi Nasional UK, Liam Maxwell, yang mengetuai misi itu berkata, beliau yakin mengenai tawaran teknologi UK dan potensi kerjasama berkenaan.

“Misi Teknologi Mega ke Malaysia membolehka­n syarikat yang terbabit untuk mempamerka­n kepakaran teknologi UK dalam pelbagai teknologi daripada siber, teknologi kewangan, teknologi pintar, awan, realiti maya hingga kecerdasan buatan.

“Ia juga menawarkan peluang unik bagi membangunk­an kerjasama jangka panjang dengan perniagaan di Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood menyifatka­n prospek untuk pelabur sektor pelaburan adalah baik kerana kedudukan Malaysia di tengah-tengah ASEAN.

“Dasar mesra perniagaan Malaysia dan tumpuan tidak berbelah-bagi dalam meningkatk­an ekonomi digital adalah faktor positif yang menawarkan banyak peluang kepada pelabur UK untuk memanfaatk­an ekosistem teknologi maklumat dan komunikasi­nya.

“Sudah pasti mereka boleh melihat Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran sedang muncul lain di rantau ASEAN,” tambah beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia