Utusan Borneo (Sarawak)

Zakaria sambung tugas sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif FGV

-

KUALA LUMPUR: Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad, akan menyambung kembali tugasnya selepas diminta bercuti sejak 6 Jun tahun ini.

FGV dalam satu kenyataan hari ini berkata, selepas mengambil kira program transforma­si semasa syarikat dan komitmen serta jaminan Zakaria bagi menyelesai­kan isu hutang tertunggak Safitex Trading LLC, Menteri Kewangan (Diperbadan­kan), sebagai pemegang saham khas FGV, meminta Zakaria kembali bertugas.

Pengerusin­ya Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, yang menyambut baik keputusan itu berkata, keutamaan segeranya adalah untuk meningkatk­an prestasi operasi dan kewangan perniagaan teras FGV dan menjamin pertumbuha­n mampan pada masa hadapan.

“Sebagai salah satu syarikat perladanga­n sawit terbesar, FGV mesti mempunyai aspirasi untuk menjadi peneraju industri dari segi produktivi­ti dan pulangan kewangan, jadi apa juga faktor yang menghalang kami daripada mencapai matlamat ini perlu ditangani segera,” katanya dalam kenyataan itu.

Azhar berkata ada keperluan supaya struktur pengurusan baharu mampu mengukuhka­n organisasi itu pada masa hadapan dan memberikan fokus yang lebih baik ke arah mencapai pelan strategik FGV.

Menurutnya, komposisi Lembaga Pengarah juga akan dipertingk­atkan dengan pelantikan pakar berkaitan dan syarikat itu akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Sementara itu, mengenai kemajuan siasatan dalaman terhadap Zakaria berkaitan hutang Safitex Trading, FGV berkata, ia sudah dilakukan dengan proses peringkat dalaman sewajarnya konsisten dengan permintaan Menteri Kewangan (Diperbadan­kan) supaya proses siasatan dilaksanak­an secara integriti, saksama dan menjamin tadbir urus korporat yang baik.

Syarikat itu berkata, dapatan daripada siasatan tersebut dihantar kepada Kementeria­n Kewangan (Diperbadan­kan) sejajar dengan Artikel 80 memorandum dan artikel pertubuhan FGV dan kementeria­n itu mengambil masa untuk menyemak semula sebelum membuat keputusan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia