Utusan Borneo (Sarawak)

Stok minyak sawit meningkat kepada 2.01 juta tan pada Sept 2017

-

KUALA LUMPUR: Stok keseluruha­n minyak sawit Malaysia meningkat 3.98 peratus kepada 2.01 juta tan pada September 2017, daripada 1.94 juta tan pada Ogos 2017, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam kenyataan semalam, MPOB berkata, bekalan minyak sawit mentah (MSM) naik 0.96 peratus kepada 1.06 juta tan daripada 1.05 juta tan yang direkodkan pada tempoh yang sama.

Stok minyak sawit diproses menokok 7.58 peratus kepada 952,550 tan pada September 2017, daripada 885,430 tan pada Ogos 2017, menurut MPOB.

Bagi pengeluara­n, MPOB berkata, pengeluara­n MSM susut 1.69 peratus kepada 1.77 juta tan pada September, daripada 1.81 juta tan yang dicatat pada bulannya.

Pengeluara­n isirung sawit bertambah 1.28 peratus kepada 442,068 tan pada September 2017 daripada 447,786 tan bagi pengeluara­n pada Ogos 2017.

MPOB berkata, eksport meningkat 1.82 peratus ke- pada 1.51 juta tan pada September daripada 1.48 juta tan yang direkodkan pada Ogos.

Lembaga sawit itu berkata, eksport oleokimia turun 11.12 peratus kepada 233,069 tan pada September daripada 262,221 tan semasa Ogos.

Eksport minyak isirung sawit sebanyak 88,439 tan pada September berbanding 92,438 tan pada bulan sebelumnya, bagaimanap­un eksport dedak isirung sawit melonjak 16.08 peratus kepada 209,614 tan daripada 180,570 tan bagi tempoh yang sama, menurut MPOB. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia