Utusan Borneo (Sarawak)

MAB dapat sijil EASA, bangunkan semula segmen MRO

-

PUTRAJAYA: Malaysia Airlines Bhd (MAB) telah memperoleh pensijilan Bahagian 21 Kelulusan Reka Bentuk Pertubuhan (DOA) Agensi Keselamata­n Penerbanga­n Eropah (EASA) pada September lepas.

Dalam satu kenyataan kelmarin, MAB berkata, ini membolehka­n syarikat penerbanga­n berkenaan melakukan pengubahsu­aian dan pembaikan avionik, struktur dan dalaman kabin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Peter Bellew berkata kelulusan itu membantu syarikat penerbanga­n berkenaan membangunk­an semula segmen perniagaan penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan mengambil kontrak pihak ketiga bagi tempoh 18 bulan akan datang.

Menurutnya, usaha-usaha bagi mendapatka­n pensijilan DOA EASA itu bermula pada Februari 2014.

“Pihak kami berjaya mengumpulk­an semua sumbersumb­er dan mendapatka­n sijil itu dalam tempoh cepat walaupun (berdepan) syarat baharu serta dokumen tambahan untuk tujuan kelulusan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia