Utusan Borneo (Sarawak)

Pengerusi badan Olimpik Brazil ditahan reman

-

SAO PAULO: Pihak berkuasa Brazil membuat keputusan untuk terus menahan pengerusi Jawatankua­sa Olimpik Brazil, yang membantu menganjurk­an Sukan Olimpik Rio 2016, portal berita G1 melaporkan kelmarin.

Carlos Nuzman, 75, menghantar surat peletakan jawatan Sabtu lepas dengan berkata dia mahu memberi tumpuan kepada usaha untuk mempertaha­nkan diri dari tuduhan rasuah.

Nuzman ditahan di Rio de Janeiro pada Khamis lepas dalam sebahagian siasatan ke atas dakwaan bahawa dia membantu membeli undi dari Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) untuk mendapatka­n hak penganjura­n bagi Sukan Olimpik 2016.

Sukan Olimpik itu secara amnya dianggap berjaya ketika itu tetapi selepas kejohanan, ia disusuli skandal rasuah yang mengaitkan penggelapa­n berjuta- juta dolar.

Pegawai Brazil berkata bulan lepas Nuzman adalah “orang penting” dalam satu rancangan untuk membolehka­n IOC memilih Rio. Bekas Gabenor Rio, Sergio Cabral, yang menjalani hukuman penjara selama 14 tahun kerana kesalahan rasuah dan pengubahan wang haram, didakwa dalang bagi rancangan itu.

Pada Jumaat lepas, IOC menggantun­g Nuzman, menggugurk­an statusnya sebagai anggota kehormat dan AJK penyelaras Olimpik Tokyo 2020. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia