Utusan Borneo (Sarawak)

PBB mula vaksin kolera bagi Rohingya

Kebimbanga­n wabak taun kalangan hampir sejuta pelarian di kem Bangladesh

-

THANKHALI: Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) melancarka­n salah satu kempen vaksinasi kolera terbesarny­a di kemkem pelarian yang besar dan luas di tenggara Bangladesh semalam di tengah-tengah kebimbanga­n mengenai wabak di kalangan hampir sejuta orang Rohingya yang kini tinggal di sana.

Ribuan l elaki dan wanita Rohingya berbaris dalam keadaan panas di pusat kesihatan sementara semalam, kebanyakan­nya dengan kanak-kanak kecil dalam tangan mereka, untuk menerima vaksin oral menentang penyakit itu.

PBB bekerja sama dengan kerajaan Bangladesh untuk menyuntik 650,000 orang yang tinggal di kem-kem yang luas untuk menentang kolera, yang merebak menerusi air kotor dan dapat membunuh jika tidak dirawat.

“Orang ini tidak ada khidmat asas – tandas, sanitasi air dan segalanya,” kata jurucakap UNICEF A M Sakil Faizullah kepada AFP.

“Apabila kita ada situasi seperti ini, ada kemungkina­n besar bagi wabak kolera.”

Hampir 520,000 Muslim Rohingya sudah tiba di Bangladesh sejak hujung Ogos lalu, selepas mereka lari dari operasi ketenteraa­n di negara jiran Myanmar yang menurut PBB kemungkina­n besar sama seperti pembersiha­n etnik.

Bangladesh yang mundur dengan populasi berlebihan menghadapi kesukaran untuk menangani ketibaan orang, kebanyakan­nya berjalan selama berhari- hari atau malah berminggu- minggu untuk sampai ke tempat selamat dan tiba dalam keadaan letih dan kurang zat makanan.

Ketibaan pelarian sudah bergerak perlahan sejak beberapa minggu lalu, tetapi kini dipercayai sudah meningkat sekali lagi.

Kira-kira 10,000 pelarian baharu tiba kelmarin.

Pekerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dibantu oleh kira-kira seribu sukarelawa­n tempatan merancang untuk menyuntik 650,000 orang Rohingya dalam masa beberapa minggu akan datang.

Mereka akan menyusulin­ya dengan dos kedua vaksin itu bagi kira-kira 250,000 kanakkanak berusia antara lima hingga lima tahun.

Bayi berusia di bawah setahun tidak akan divaksin.

Ia dipercayai kempen kedua terbesar seumpamany­a dalam sejarah, selepas 800,000 orang menerima imunisasi daripada penyakit berkenaan di Haiti pada November lalu.

Sukarelawa­n di kem Thankhali menggunaka­n alat pembesar suara untuk merayu kepada pelarian agar pergi ke pusat berkenaan, di mana mereka berbaris untuk meletakkan ubat ke dalam mulut mereka.

“Pekerja kesihatan memberitah­u kami, kami akan lebih sihat dengan ubatubatan, bahawa kami tidak akan menghidap penyakit lain,” kata Nabi Hossain, seorang pelarian berusia 35 tahun yang tiba di kem itu dua minggu lalu, ketika dia berbaris bersama dua anak lelaki.

Abdus Salam, seorang pegawai kesihatan kanan bersama kerajaan tempatan, berkata pekerja akan pergi dari pintu ke pintu untuk memastikan tidak ada pelarian yang tertinggal dalam kempen itu.

Masyarakat Rohingya merupakan golongan Muslim minoriti tanpa negara yang sudah lama berdepan dengan penindasan di Myanmar, yang menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

PBB berkata l ebih 600,000 pelarian sudah tiba sejak setahun lepas, yang memenuhi kem yang sudah menempatka­n antara 300,000 hingga 400,000 pelarian.

Bangladesh sudah memperuntu­kkan tanah untuk menampung kirakira 800,000 pelarian dalam satu kem besar, tetapi PBB memberi amaran bahawa penumpuan yang begitu besar dalam satu kawasan boleh menggalakk­an penularan penyakit. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DILANCARKA­N: Para pelarian Rohingya menunggu giliran untuk menerima vaksin kolera yang disalurkan secara oral di kem pelarian Thankali di daerah Ukhia, semalam.
— Gambar AFP DILANCARKA­N: Para pelarian Rohingya menunggu giliran untuk menerima vaksin kolera yang disalurkan secara oral di kem pelarian Thankali di daerah Ukhia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia