Utusan Borneo (Sarawak)

Nahas bot karam, semakin banyak mayat ditemui

-

COX’S BAZAR: Mayat sembilan lagi pelarian telah terdampar di Bangladesh selepas sebuah bot sarat yang membawa puluhan orang Rohingya yang terdesak karam di laut yang bergelora, kata polis semalam, menjadikan bilangan kematian yang disahkan sebanyak 23.

Lapan mayat dijumpai di tebing Sungai Naf, yang memisahkan Bangladesh dari Myanmar, dan satu lagi dijumpai beberapa batu dari sana di Pulau St Martin.

Lebih separuh mangsa dalam bencana terbaharu adalah kanak- kanak, kata Mian Uddin, ketua polis di bandar sempadan Teknaf.

Dia tidak tahu berapa ramai orang yang hilang, tetapi mangsa yang selamat dan pegawai menyatakan bot terbabit membawa antara 60 hingga 100 orang.

Setakat ini 15 mangsa sudah diselamatk­an oleh pengawal sempadan dan pengawal pantai Bangladesh, tetapi pihak berkuasa berkata ada mangsa yang mungkin telah berenang ke Myanmar.

Lebih setengah juta pelarian sudah tiba di Bangladesh sejak 25 Ogos lalu, selepas mereka lari daripada operasi ketenteraa­n yang menyusuli serangan oleh puak militan Rohingya ke atas pos polis.

Kemasukan pelarian sudah perlahan, tetapi sejak beberapa hari lalu pegawai kerajaan berkata ribuan pelarian baharu sudah tiba, kebanyakan­nya dari beberapa bahagian di negeri Rakhine, Myanmar, yang terletak jauh dari sempadan dengan Bangladesh.

Ramai menyeberan­gi Sungai Naf di bahagian paling sempit, tetapi orang lain cuba melakukan perjalanan menerusi laut, dengan menaiki kapal ikan tunda yang goyah dan sama sekali tidak sesuai untuk perairan yang bergelora di Teluk Bengali. Hampir 160 orang sudah lemas.

Di antara pendatang terbaharu adalah dua kanakkanak lelaki berusia dua dan tiga tahun yang mati akibat kebuluran dan keletihan ketika mereka memasuki Bangladesh.

“Ibu bapa mereka memberitah­u kami mereka mati akibat kebuluran.

“Mereka berjalan selama tujuh hari dan tiada apa-apa untuk dimakan,” kata Sultan Ahmed, ahli majlis tempatan di kampung sempadan Anjumanpar­a. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia