Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet tolak lagi calon pilihan Duterte

-

MANILA: Penggubal undang- undang Filipina menolak pilihan Presiden Rodrigo Duterte bagi setiausaha kesihatan semalam, menjadikan pilihan itu anggota kabinet kelima ditolak sejak Duterte memegang kuasa.

Tiada sebab diberikan bagi penolakan Paulyn Ubial, yang sudah memegang jawatan awam selama 27 tahun.

Di Filipina, semua menteri kabinet mesti diluluskan oleh Suruhanjay­a Perlantika­n dan pendengara­n boleh berlangsun­g lama selepas mereka mula bekerja.

Pengerusi jawatankua­sa kesihatan suruhanjay­a, Senator Gregorio Honasan, berkata ia memutuskan untuk menahan kelulusann­ya tetapi tidak menjelas lanjut.

Jurucakap presiden Ernesto Abella menyuaraka­n rasa kesal dan berkata kerajaan bersyukur di atas perkhidmat­annya.

Duterte menikmati sokongan kuat dalam tinjauan pendapat sejak memenangi jawatan presiden dalam pilihan raya tahun lepas tetapi penelitian terperinci ke atas perang antidadahn­ya yang sudah mengorbank­an ribuan nyawa, dipercayai memberi impak kepada penarafann­ya.

Kepercayaa­n dan rasa puas hati terhadap Duterte kini terendah pada suku ketiga tahun ini, menurut tinjauan Ahad lepas, tetapi sentimen kepimpinan­nya masih positif.

Penggubal undang-undang turut menolak perlantika­n menteri- menteri luar, alam sekitar, pembaharua­n pertanian dan kebajikan sosial yang dipilih oleh Duterte.

Dua menteri tersebut disyorkan ketua pemberonta­k Maoyang masih membincang­kan keamanan dengan kerajaan tetapi dihentikan Duterte ekoran keganasan berterusan.

Pilihan Duterte bagi menteri luar dan menteri alam sekitar, Alan Peter Cayetano dan Roy Cimatu, sudah disahkan setakat ini. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia