Utusan Borneo (Sarawak)

Bencana 2011, Tepco, Tokyo harus bertanggun­gjawab

-

TOKYO: Sebuah mahkamah daerah di wilayah Fukushima semalam memutuskan Tokyo Electric Power (Tepco) dan kerajaan Jepun bertanggun­gjawab bagi ganti rugi berjumlah kira-kira 500 juta yen (RM19.1 juta) dalam tindakan undang- undang beramai-ramai terbesar yang diambil berhubung bencana nuklear pada 2011, kata agensi berita Kyodo.

Sekumpulan kira- kira 3,800 orang, kebanyakan­nya di wilayah Fukushima, memfailkan tindakan undangunda­ng beramai-ramai itu, yang merupakan jumlah plaintif terbesar daripada kira-kira 30 saman beramairam­ai yang difailkan di seluruh negara.

Ini adalah keputusan mahkamah kedua yang menetapkan tanggungja­wab kerajaan ekoran keputusan oleh mahkamah daerah Maebashi pada Mac lalu.

Ketiga- tiga keputusan mahkamah daerah setakat ini mengarahka­n Tepco untuk membayar ganti rugi. Hanya keputusan mahkamah Chiba pada bulan lepas sahaja tidak mendapati kerajaan bertanggun­gjawab bagi ganti rugi.

Plaintif dalam kes Fukushima telah menyeru kepada defendan untuk melaksanak­an semula tahap radioaktiv­iti di rumah mereka sebelum bencana, tetapi mahkamah menolak permintaan itu, kata Kyodo.

Tepco sudah lama dikritik kerana tidak mempedulik­an ancaman yang ditimbulka­n oleh bencana alam kepada loji di Fukushima, dan cara syarikat itu dan kerajaan menangani krisis tersebut telah dikecam. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia