Utusan Borneo (Sarawak)

California terjejas kebakaran hutan maut

Sepuluh korban 12 kebakaran semak di daerah pengeluara­n wain, ratusan rumah hangus

-

NAPA: Lebih 12 kebakaran semak yang menyelubun­gi daerah pembuatan wain di California telah membunuh sekurang- kurangnya 10 orang, selain merosakkan ratusan rumah, kata pihak berkuasa kelmarin.

Ditiup angin melebihi 80 kilometer sejam, kebakaran memaksa lebih 20,000 orang berpindah di daerah yang paling padat penduduk di negeri itu sejak ia bermula malam Ahad lepas.

Jabatan bomba California berkata 30,000 hektar tanah telah terbakar.

“Pe j a b a t Sh e r i f f mengesahka­n tujuh kematian berkaitan kebakaran dari pejabat bomba Sonoma Co. Takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa,” tweet Syerif Daerah Sonoma di utara negeri ini. Angka kematian sebelum ini adalah tiga orang.

Sekurang- kurangnya 1,500 bangunan musnah ketika darurat diumumkan di tiga daerah yang dilanda kebakaran, kebanyakan­nya di wilayah pembuatan wain yang terkenal.

Empat belas bangunan utama terbakar secara keseluruha­nnya. Daerah Napa, Sonoma dan Yuba berada di bawah pemerintah­an Gabenor Jerry Brown. Daerah-daerah ini berada di utara San Francisco Bay.

Seorang wartawan AFP di Santa Rosa menyaksika­n beberapa letupan saluran gas atau tangki gas, rumah dan kilang wain yang hangus.

Banyak jentera bomba kelihatan di kawasan itu, katanya.

Sejumlah 410 anggota bomba berusaha untuk memadam kebakaran di Mendocino, kata jurucakap syerif di daerah itu kepada penyiaran berita CBS, sambil menambahbe­berapakema­tian akan dijangkaka­n.

Satu lagi kebakaran di Anaheim meliputi kawasan seluas 800 hektar dan sekurang- kurangnya 200 anggota bomba berusaha untuk mengawal kebakaran.

Puluhan pusat perlindung­an dibuka di sekolah dan gereja, malah haiwan ternakan juga diletakkan di beberapa pusat seumpamany­a khusus bagi haiwan sahaja.

“Kami harus bermula dari bawah sekali lagi,” kata Dreama Goldberg, yang meninggalk­an kediamanny­a yang kini hanya tinggal abu, ketika hamil lapan bulan.

Jesus Torres memberitah­u CBS, dia tidak ada masa untuk mendapatka­n apa-apa ketika meninggalk­an rumahnya.

“Kami dapat melihat langit menjadi merah: kami tidak tahu ia adalah kebakaran sehingga saat akhir kerana asap berada di mana-mana,” katanya.

Hotel Hilton di Santa Rosa berkata dalam laman sosial Facebook, kakitangan dan tetamu selamat dipindahka­n.

“Kebakaran semak di Santa Rosa, California dan kawasan sekitar memaksa pemindahan dan penutupan sementara Hilton Sonoma Wine Country,” kata pengurusan hotel.

“Semua tetamu dan kakitangan hotel dipindahka­n dengan selamat dan tidak akan kembali sehingga notis lanjut.

“Kami menjangkak­an kerosakan di hotel.”

Pacific Gas & Electric berkata, lebih 196,000 pelanggan terputus bekalan elektrik tetapi separuh sudah dipulihkan.

“Sehingga jam 3.00 petang ( waktu tempatan), kami mempunyai kira-kira 99,000 pelanggan tanpa elektrik dengan majoriti di antara mereka di Sonoma dan Napa,” katanya.

Coffey Park, kawasan kejiranan Santa Rosa dengan beberapa buah rumah, juga hangus dengan angin kencang dan kelembapan rendah di mana pakar kebakaran berkata ia kelihatan seperti kebakaran yang pernah berlaku di selatan California.

Cheri Sharp memberitah­u rangkaian penyiaran KOBI, rumah beliau yang berusia 26 tahun di Santa Rosa adalah antara yang musnah.

“Semua gambar kami hilang. Semua, segala-galanya hilang. Kami sangat teruk sekali,” kata beliau.

“Tetapi kami semua selamat dan sihat dan kami seharusnya bersyukur tetapi kebakaran ini sememangny­a teruk.”

Marian Williams dari Kenwood, di daerah Sonoma, memberitah­u NBC Bay Area, dia menyertai konvoi kejiranan mengharung­i kebakaran sebelum subuh ketika salah satu kebakaran menghampir­i kawasan tanaman anggur.

“Ia satu kebakaran yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” kata Williams.

Gabenor Brown pada April lalu mengisytih­arkan secara rasmi berakhirny­a musim kemarau di negara itu yang berlarutan lebih lima tahun.

Tetapi negerinya masih berdepan dengan angin Santa Ana, satu fenomena meteorolog­i yang membawa angin kering dari pergununga­n tinggi di timur kawasan pesisir pantai – satu ramuan untuk kebakaran semak.

Kebakaran hutan adalah biasa di wilayah barat Amerika semasa musim panas yang kering dan panjang.

Pada bulan lepas, kebakaran besar yang digambarka­n sebagai terbesar dalam sejarah Los Angeles, memaksa ratusan penduduk meninggalk­an rumah masing-masing.

Pada awal kelmarin, kebakaran boleh dihidu di San Francisco, kira-kira 60 kilometer dari kebakaran paling dekat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PADANG JARAK PADANG TEKUKUR: Asap berkepul dari sekitar kawasan kejiranan yang musnah terbakar di Santa Rosa, California kelmarin.
— Gambar AFP PADANG JARAK PADANG TEKUKUR: Asap berkepul dari sekitar kawasan kejiranan yang musnah terbakar di Santa Rosa, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia