Utusan Borneo (Sarawak)

DATUK, CUCU LEMAS

Mayat kedua-dua mangsa insiden dekat Kampung Lubok Punggor ditemui.

- Oleh Jeremy Lanson

SIMUNJAN: Seorang datuk bersama cucunya yang dihanyutka­n arus deras di sungai Batang Sadong berdekatan Kampung Lubok Punggor di sini, petang Isnin lalu ditemui mati lemas semalam.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tiong Ling Hii berkata, mayat kedua-dua mangsa iaitu Kajim Aslan, 70, dan cucunya Cardirwin Jefferi, 27, ditemui di dua lokasi berasingan.

Menurutnya, mayat Cardirwin terlebih dahulu ditemui oleh anggota penyelamat sekitar jam 7.15 pagi iaitu kira-kira lima kilomter dari tempat kejadian.

“Manakala, mayat mangsa kedua (Kajim) dijumpai penduduk kampung tersangkut pada tali tongkang yang berlabuh di Pekan Simunjan pada jam 7.18 pagi iaitu kira-kira 30 kilometer dari Pos Kawalan Bomba,” kata Tiong. Tambahnya, mayat kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Tegelam itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a. Kejadian dilaporkan berlaku pada Isnin lepas ketika mangsa (Kajim) yang menaiki bot dari kampungnya hendak menjemput cucunya di tebing sungai di Kampung Lubok Punggor sekitar jam 6.30 petang. Bagaimanap­un, semasa menghampir­i tebing sungai tersebut, bot mangsa dikatakan melanggar sebatang kayu menyebabka­n ia terbalik dan mangsa terjatuh ke dalam sungai.

“Cardiwin (mangsa) semasa kejadian bersama seorang rakannya bertindak terjun ke dalam sungai untuk menyelamat­kan datuknya, namun tidak berjaya ekoran arus sungai yang deras.

“Rakannya berjaya menyelamat­kan diri dengan berenang ke tebing sungai, tetapi mangsa yang terus mencari datuknya turut dihanyutka­n arus,” kata sumber.

Rakan mangsa kemudian memaklumka­n kepada penduduk kampung yang cuba mencari keduadua mangsa sebelum melaporkan kepada pihak bomba.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n sebaik sahaja laporan berhubung kejadian diterima.

 ??  ?? TRAGIS: Mayat mangsa diangkat ke darat oleh anggota penyelamat untuk diserahkan kepada pihak polis.
TRAGIS: Mayat mangsa diangkat ke darat oleh anggota penyelamat untuk diserahkan kepada pihak polis.
 ??  ?? TERSANGKUT: Lokasi mayat lelaki warga emas tersebut ditemui.
TERSANGKUT: Lokasi mayat lelaki warga emas tersebut ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia