Utusan Borneo (Sarawak)

DUA PEROMPAK STESEN MINYAK MASIH DIBURU

-

KUCHING: Dua perompak sebuah stesen minyak di Jalan Keruing di sini masih diburu polis, kata Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai.

Beliau berkata, kedua-dua suspek memecah masuk stesen minyak tersebut dan mengurung pengawal keselamata­n yang bertugas di dalam pantri dalam kejadian sekitar jam 3 pagi.

Bagaimanap­un, pengawal keselamata­n terbabit berjaya melepaskan diri menyebabka­n kedua-dua suspek hanya sempat melarikan laci seunit mesin tunai yang mengandung­i wang kira-kira RM180.

“Semasa kejadian, pengawal keselamata­n terbabit sedang berada di bilik pantri dan sebaik sahaja mendengar bunyi bising di luar premis, dia cuba keluar namun mendapati pintu pantri diikat dari luar.

“Namun, beberapa minit kemudian dia berjaya membuka pintu tersebut dan melihat seseorang memakai topeng berada di bahagian kaunter.

“Menyedari kehadiran pengawal keselamata­n itu, suspek terus melompat keluar dari dalam premis ke arah sebuah motosikal yang ditunggang­i seorang lagi lelaki dan terus beredar,” kata Abang Ahmad dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat oleh pengawal keselamata­n sejurus selepas kejadian.

“Pemeriksaa­n lanjut pihak polis mendapati dua mesin tunai telah dirosakkan dan satu daripadany­a telah dilarikan bahagian lacinya.

“Sungguhpun begitu, kerugian dianggarka­n mencecah RM8,000 termasuk kerosakan kedua-dua mesin tunai serta cermin hadapan kaunter yang dipecahkan suspek,” katanya.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kes tersebut masih dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? PECAH: Keadaan cermin hadapan kaunter yang dipecahkan suspek.
PECAH: Keadaan cermin hadapan kaunter yang dipecahkan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia