Kawasan industri baharu di Sibu
Pembukaan kawasan perindustrian baharu di Sibu dipersetujui kerajaan secara prinsip: Awg Tengah
SIBU: Kawasan perindustrian baharu bakal dibangun di sini bagi memenuhi tuntutan dan keperluan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pembukaan kawasan perindustrian baharu itu dipersetujui kerajaan secara prinsip.
Katanya kawasan itu bakal menjadi pusat pengumpulan hasil produk industri kecil dan sederhana bagi membolehkannya dipasarkan secara meluas termasuk ke luar negeri.
“Kerajaan akan bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bagi mengenal pasti tapak yang sesuai,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutupan Seminar Pembangunan Usahawan dan Industri di sini semalam.
Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, kawasan itu berpotensi
Kerajaan akan bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bagi mengenal pasti tapak yang sesuai. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri
besar dibangun kerana memberi sumbangan kepada pembangunan negeri.
“Ini termasuk menyediakan peluang pekerjaan dan men- ingkatkan taraf hidup rakyat tempatan,” katanya sambil menambah, MIED juga melebar fokus bukan hanya kepada PKS tetapi mengam- bil kira perkembangan serta keperluan membangunkan perusahaan mikro dan kotej negeri ini.
Beliau berkata kementeri- annya juga terus menyokong dengan mempromosi Industri Pembinaan Kapal dan Pembaikan Kapal (SBSR) sebagai pengeksport kapal ke luar negara.
Jelasnya pada 2016, Sarawak mengeksport kapal, bot dan struktur terapung ke Emeriyah Arab Bersatu ( UAE) bernilai AS$29 juta dan AS$28 juta pada 2015.
Bercakap lanjut, beliau memberitahu Sarawak kekal sebagai destinasi utama tarikan pelaburan sungguhpun persekitaran ekonomi mencabar.
Ujarnya, kestabilan politik selain kerajaan cekap dan keupayaan menyediakan infrastruktur serta perkhidmatan sokongan telah memberi keyakinan tinggi kepada pelabur.
“Kerajaan kita mesra perniagaan, telah membuat dasar baik dan berjaya menarik pelaburan asing dan tempatan selain mengekal kos menjalankan perniagaan yang san- gat kompetitif di Sarawak,” katanya.
Sementara itu, seramai 470 peserta telah menyertai seminar tersebut yang dianjurkan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCI) dan Persatuan Limbungan Kapal Sibu.
Turut hadir Menteri Muda Keusahawanan dan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana merangkap Menteri Muda E- Dagang Datuk Mohd Naroden Majais dan Setiausaha Tetep MIED Datu Liaw Soon Eng, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Meluan Roland Duat dan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.